KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE), antaranya melalui pembiayaan dan kewangan serta pembangunan infrastruktur.
Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata MOSTI juga melaksanakan penetapan peraturan dan penggubalan dasar, peningkatan kemahiran dan pengembangan bakat dan pembangunan teknologi bagi tujuan itu.
"Penubuhan National Advanced Materials Consortium (NAMC) juga akan bertindak sebagai hab perhubungan untuk pembangunan perniagaan, mewujudkan rangkaian dan libat urus antara pihak berkepentingan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang ingin tahu sejauh mana Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional yang telah dilancarkan dapat membantu perancangan kerajaan untuk memanfaatkan sumber REE dalam negara.
Selain itu, Arthur berkata Agensi Nuklear Malaysia berperanan menyediakan teknologi dan infrastruktur bagi pembangunan REE untuk ekosistem huluan dan pertengahan.
Beliau berkata REE dikenal pasti antara bahan termaju yang akan memberi potensi pasaran kepada pemain industri selain grafen, nitinol dan polimer selulosa berhablur mikro dengan saiz pasaran REE global telah mencecah US$5.6 bilion pada 2021.
Selain itu, permintaan kepada kenderaan elektrik yang memerlukan penggunaan REE bagi menghasilkan magnet juga menyebabkan lonjakan kepada keperluan unsur berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup menjawab Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.
MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda - Chang
Program 'AI 4 Belia' anjuran MOSTI bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi AI dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.