KUALA TERENGGANU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan beca elektronik (e-Beca) yang dilengkapi aksesori moden, sebagai transformasi pengangkutan ikonik itu bagi merancakkan industri beca di Terengganu.
Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata transformasi yang pertama kali dilancarkan dalam negara itu, akan memudahkan pengayuh beca khususnya yang sudah berusia.
Katanya, e-Beca tidak perlu dikayuh seperti beca biasa dan turut dilengkapi paparan skrin LED, sistem audio serta kuasa bateri menggunakan sistem pengecasan solar.
"Hari ini alhamdulillah kita lancarkan tiga versi yang diusahakan oleh Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM).
"Ia menggabungkan inovasi melibatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui iaitu solar, tak perlu kayuh, kerana ada segelintir pengguna tak sampai hati melihat pak cik-pak cik kayuh beca," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inovasi Beca Terengganu (E-Beca) di sini, hari ini.
Menurutnya industri beca akan pupus jika inovasi seumpama itu tidak diperkenalkan, memandangkan rata-rata pengayuh kini berumur 65 hingga 70 tahun.
Ahmad Amzad berkata idea pelaksanaan e-Beca Terengganu tercetus daripada inisiatif kerajaan di bawah Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) melibatkan SME Corp sebagai pembiaya dan MOSTI menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) selaku agensi pelaksana Pertandingan Inovasi Beca Terengganu 2021.
"Pertandingan Inovasi Beca Terengganu menyaksikan UTeM muncul juara dan memenangi Geran HIP6 berjumlah RM90,000 yang meliputi aspek pembangunan model, kajian, ujian dan kebolehpasaran pembangunan e-Beca di Terengganu," katanya.
Mengenai tambang, beliau berkata setakat ini belum ada ketetapan dibuat dan menekankan bahawa ciri-ciri beca seperti tambang berpatutan dan mesra pengunjung akan dikekalkan.
Beliau berkata inovasi berkenaan bakal diperluas, selain berharap usaha itu akan mendapat sambutan menggalakkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Datuk Ahmad Amzad Hashim (kiri) mencuba produk inovasi beca elektrik yang dihasilkan oleh UTeM pada majlis pelancaran e-BECA sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Shahbandar hari ini. - Bernama
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
MOSTI lancar e-Beca, rancakkan industri beca Terengganu
Transformasi yang pertama kali dilancarkan dalam negara itu akan memudahkan pengayuh beca khususnya yang sudah berusia.