KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyiapkan Projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya yang terbengkalai sekian lama.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan perkara tersebut kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.
Menurut Ka Siong, pihaknya dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha menyiapkan projek tersebut.
Jelas beliau, isu projek yang terbengkalai itu dibangkitkan oleh Dr Mahathir dalam satu pertemuan di Yayasan Perdana pada Isnin.
"Tun Mahathir membangkitkan mengenai projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya serta terowong yang terbengkalai dan 'menyakitkan mata' kerana tiada sebarang perkembangan.
"Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tun Mahathir di atas pandangan dan input yang dikongsikan oleh beliau tentang bagaimana kita boleh membangunkan infrastruktur sedia ada dan memanfaatkannya untuk kemudahan penduduk yang bekerja dan tinggal di kawasan ini.
"Saya memaklumkan kepada Tun Mahathir bahawa secara kebetulan MOT bersama-sama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berusaha mencari penyelesaian untuk menyiapkan kerja pembangunan infrastruktur rel yang terbengkalai ini dengan penyertaan sektor swasta," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu, Ka Siong turut memaklumkan perkembangan terkini projek pengangkutan awam termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS), Laluan Transit Aliran Massa (MRT) 2 dan 3.
Selain itu, Presiden MCA itu juga merakamkan penghargaan terhadap Dr Mahathir atas jasanya membangunkan Kolej Tunku Abdul Rahman yang kini dinaik taraf dan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT).
Astro Awani
Mon Apr 18 2022
![MOT, Kementerian Wilayah Persekutuan cari penyelesaian siapkan projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya MOT, Kementerian Wilayah Persekutuan cari penyelesaian siapkan projek Jambatan Gantung Monorel Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650291703_WeeKaSiong.jpg)
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu, Ka Siong turut memaklumkan perkembangan terkini projek pengangkutan awam termasuklah Projek ECRL, RTS, MRT 2 dan 3. - Gambar FB Wee Ka Siong
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738764944_AkaunXTunMdigoda.jpg)
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
![Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722501764_TunM.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
![Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736807848_TunM.jpg)
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
![Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733991805_tbTunMahathirMoham.jpg)
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
!['Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya' 'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736641484_tbKamaluddinDrMah.jpg)
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
![Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729050188_TunMZahidHamid.jpg)
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734557404_NGO.jpg)
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
![Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732540274_AnthonyLoke.jpg)
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
![Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734075006_TBAnwarIbrahim.jpg)
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
![Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733826173_tbMahathirMohamad.jpg)
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.