HULU SELANGOR: Kementerian Pengangkutan (MoT) memantau rapi perkembangan terkini situasi Gunung Ruang, Indonesia yang dilaporkan meletus sebanyak tiga kali semalam dan mengakibatkan abu merebak ke negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Beliau berkata sebarang keputusan termasuk melibatkan penutupan ruang udara dan mana-mana lapangan terbang negara akan diputuskan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan mengambil kira faktor keselamatan.
"CAAM ada hak untuk membuat keputusan jika ada keperluan untuk tutup ruang udara negara dan lapangan terbang. Itu kuasa mereka bukan menteri, (dan) mereka hanya perlu maklum keputusan itu kepada menteri sahaja.
"Kalau situasi itu (letusan) tidak menjejaskan ruang udara kita, buat apa nak tutup dan saya fikir tindakan menutup lapangan terbang itu hanyalah langkah terakhir yang akan diambil sekiranya perlu," katanya di sini hari ini.
Loke yang juga Setiausaha Agung DAP ditemui pemberita selepas mengadakan aktiviti kempen bersama calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) di sini.
Turut hadir Menteri Digital yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo.
Media antarabangsa hari ini melaporkan Gunung Ruang sekali lagi meletus semalam, dengan kali ini sebanyak tiga kali letusan.
Gunung berapi berkenaan pernah meletus pada 18 April lepas dan mengakibatkan beberapa jadual penerbangan dalam negara ditangguhkan sehingga menjejaskan puluhan ribu penumpang.
Letusan dari Gunung Ruang itu kali ini dilaporkan memuntahkan lahar dan abu lebih lima kilometer ke udara dengan agensi meteorologi Indonesia, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) melaporkan abu gunung berapi sampai ke timur Malaysia di pulau Borneo, yang dikongsi dengan Indonesia dan Brunei.
Penyedia kawalan trafik udara milik kerajaan, AirNav Indonesia pula dalam satu notis memaklumkan tujuh lapangan terbang terpaksa ditutup susulan letusan terbaharu itu dengan yang terbesar di ibu kota wilayah Manado dan bandar Gorontalo.
Sementara itu, Loke berkata kerajaan mengambil maklum mengenai permintaan penduduk di Kuala Kubu Baharu untuk memperkasakan lagi kemudahan pengangkutan awam di kawasan berkenaan.
"Kita lihat ada keperluan untuk tambah baik iaitu yang pertama berkaitan bas dan kedua KTM (Keretapi Tanah Melayu Berhad) kerana di sini penggunanya ada di pekan, kampung, bandar baharu dan perumahan taman.
"Jadi kita juga melihat keperluan perkhidmatan (untuk) bas pengantara disambung dengan KTM.
"Kita akan beri perhatian dan usahakan kemudahan ini dan kita juga akan cuba memperbaiki kemudahan komuter dari kawasan ini ke Lembah Klang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Loke (duduk tengah) bercakap pada sidang media pada program tinjauan mesra di pekan Kuala Kubu Baharu sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu hari ini. -Bernama

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.