ALOR SETAR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan tiga projek yang akan dilaksanakan di Kedah anggaran lebih RM500 juta dalam usaha menambah baik kemudahan perkhidmatan pengangkutan bagi kawasan sebelah utara untuk meningkatkan keselesaan rakyat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tiga projek itu melibatkan rancangan menaik taraf terminal dan jeti Kuala Kedah di sini; perolehan 12 set three car set (3CS) bagi projek Komuter Utara dan menambah kemudahan lif serta tempat letak motosikal berbumbung di empat stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) di negeri itu.
Mengenai perancangan menaik taraf terminal dan jeti Kuala Kedah itu, beliau berkata ia dalam proses persediaan akhir untuk mengiklankan tender Projek Meroboh, Membina dan Menaik Taraf Terminal dan Jeti Penumpang, Kargo dan Roro bagi lantikan kontraktor.
"Projek ini dijangka akan diiklankan pada 6 Jun nanti selepas semua dokumentasi tender dilengkapkan. Ia dijadual siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh pemilikan tapak oleh kontraktor.
"...projek ini dijangka akan bermula pada akhir tahun ini apabila semua proses tender dilaksanakan, kami menjangkakan dapat menganugerahkan projek ini ataupun melantik kontraktor pada penghujung bulan November," katanya pada sidang media di Jeti Penumpang Kuala Kedah di sini hari ini.
Turut serta dalam sidang media itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri Kedah.
Anthony berkata skop utama projek menaik taraf terminal dan jeti Kuala Kedah itu membabitkan kerja meroboh dan membina terminal baharu berkonsepkan teknologi hijau yang mampu menampung 3,000 penumpang berbanding kapasiti sedia ada hanya 800 penumpang.
"...projek ini merangkumi kerja-kerja meroboh dan membina semula jeti penumpang; kargo dan Roro baharu; membina jejambat (laluan masuk); menaik taraf jalan; membina tempat letak kereta bertingkat (anggaran 420 ruangan parkir) serta menyediakan infrastruktur; fasiliti bangunan dan kerja-kerja landskap," katanya.
Beliau berkata projek itu adalah demi meningkatkan kecekapan pengoperasian feri penumpang dan perkhidmatan Roro di laluan marin Kuala Kedah-Pulau Langkawi yang ia dapat membantu pemulihan industri pelancongan di Permata Kedah.
Sementara itu, katanya KTMB akan melaksanakan perolehan 12 set 3CS yang tender bagi perolehan itu dijangka diiklankan pada 30 Jun nanti dan perolehan itu dijangkakan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.
Anthony berkata skop utama perolehan itu adalah untuk membekalkan 12 tren elektrik 3CS bagi laluan utara iaitu Butterworth-Padang Besar dan laluan selatan melibatkan Butterworth-Padang Rengas.
"Berdasarkan kepada corak permintaan penumpang, jumlah penumpang di sektor utara dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari terutama ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.
"Pada masa ini, perkhidmatan komuter di sektor utara meliputi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar dan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas meliputi 20 stesen," katanya.
Dalam pada itu, Anthony berkata dua unit lif akan ditambah masing-masing di KTM Kodiang dekat Kubang Pasu dan KTM Kobah (Pendang) manakala tempat letak motosikal berbumbung akan ditambah di KTM Alor Setar; KTM Anak Bukit dan KTM Kobah melalui kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
"Keduanya, kami juga akan tambah kemudahan tempat letak motosikal di tiga stesen iaitu Stesen Keretapi Alor Setar, Stesen Keretapi Anak Bukit dan Stesen Keretapi Kobah.
"Ketiga-tiga stesen ini akan ditambah dengan tempat letak motosikal berbumbung yang lebih baik.
"Seperti yang saya katakan tadi, kami faham ramai anak-anak Kedah yang bekerja di Pulau Pinang, mereka menggunakan Komuter Utara untuk berulang-alik.
"Jadi dengan adanya kemudahan untuk meletakkan motosikal berbumbung di stesen kereta api ini, sudah tentu akan memberikan keselesaan dan kemudahan lebih baik kepada penumpang," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan ketiga-tiga projek di Kedah itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaliknya ia dilaksanakan sebagai tanggungjawab kerajaan dan Kerajaan Perpaduan melalui kementeriannya komited untuk mempertingkatkan kesinambungan pengangkutan awam untuk rakyat di negeri utara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

ANTHONY LOKE: Projek ini dijangka akan diiklankan pada 6 Jun nanti selepas semua dokumentasi tender dilengkapkan. Ia dijadual siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh pemilikan tapak oleh kontraktor. -Gambar fail/Bernama
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.