Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman, berkata pembatalan lesen itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
"Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," katanya dalam kenyataan dua perenggan hari ini.
Sebelum ini, MOTAC menggantung lesen syarikat berkenaan bermula 9 Julai 2024 hingga 19 Jan 2025.
Dilaporkan syarikat terbabit terpalit dengan kes penipuan umrah dan setakat ini, kebanyakan mangsa masih menunggu untuk mendapatkan pampasan mereka.
-- BERNAMA