PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah.
Menerusi satu kenyataan, MOTAC berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kementerian telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah pada harga berkenaan adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.
"Kementerian menafikan sebarang bentuk pengumuman berkaitan harga indikator baharu pakej umrah atau ziarah. Untuk makluman, harga indikator yang pernah ditetapkan pada tahun 2016 sepertimana yang telah dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah pada ketika itu adalah pada kadar RM4,900," katanya.
Beberapa media sebelum ini melaporkan ada pihak mengatakan bahawa anggaran harga lantai bagi pakej umrah semasa kini menjangkau antara RM8,000 ke RM9,000 dengan mengambil kira kos terkini selepas pandemik COVID-19, berbanding harga lantai RM4,900 yang ditetapkan MOTAC sebelum pandemik berkenaan.
MOTAC berkata pihaknya sedang mengkaji faktor-faktor kenaikan kos susulan langkah-langkah kawalan pandemik COVID-19 yang dikenakan kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.
"Kementerian menyeru semua pihak menghentikan cubaan memanipulasi pasaran khususnya melibatkan harga perkhidmatan pakej umrah atau ziarah," kata MOTAC yang menasihatkan orang ramai berwaspada dengan tawaran pakej umrah yang meragukan pada masa ini.
Sementara itu, MOTAC berkata semua syarikat pengendali umrah berlesen dibenarkan untuk memulakan aktiviti promosi dengan memohon kelulusan iklan pakej umrah atau ziarah di bawah fasa interim selaras dengan ketetapan dan usaha kerajaan dalam menggerakkan semula ekonomi.
Kelonggaran itu diberikan sebagai persediaan awal ke arah pembukaan sempadan yang disasarkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan penggiat industri menilai serta bersedia dengan bilangan jemaah umrah yang berminat mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat.
Parameter yang ditetapkan bagi kelulusan fasa interim itu antaranya membenarkan aktiviti promosi tanpa bayaran serta tidak mengikat mana-mana pihak sehingga kerajaan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan dan proses-proses perjalanan pelaksanaan ibadah umrah dibenarkan semula bagi rakyat Malaysia.
"Kementerian berpandangan bahawa kutipan apa juga bentuk bayaran untuk perkhidmatan pakej umrah atau ziarah pada masa ini adalah tidak wajar kerana wujud ketidaktentuan penyampaian khususnya tempoh perjalanan dan perkhidmatan sebenar yang akan diterima oleh jemaah," katanya.
MOTAC berkata ia dalam proses untuk menyediakan garis panduan khusus bagi mengawalselia iklan dan pakej-pakej umrah yang akan ditawarkan kepada orang awam bagi melindungi kepentingan awam dan mematuhi kehendak Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
Kementerian mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam proses konsultasi awam secara atas talian berkaitan draf Garis Panduan Kelulusan Iklan Pakej Umrah atau Ziarah di platform Unified Public Consultation di www.upc.mpc.gov.my. bagi memastikan promosi-promosi syarikat tidak berunsurkan penipuan dan memperdaya orang ramai.
Proses permohonan boleh dibuat ke emel [email protected] berdasarkan syarat-syarat dan paramater yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021

MOTAC menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah. - Gambar fail/REUTERS
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.