KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah mengetepikan Langkawi dalam mempromosikan produk pelancongan pulau itu.
Timbalan Menteri berkenaan Khairul Firdaus Akbar Khan berkata Pulau Langkawi antara produk paling utama diketengahkan dalam misi jualan produk pelancongan di luar negara.
"Itu memang jelas dan itulah menjadi ketetapan kita di kementerian...kerana kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang cukup banyak untuk Pulau Langkawi. Tidak ada sebab kenapa kementerian melalui Tourism Malaysia tidak mempromosikan Langkawi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, semasa sesi perbahasan rang undang-undang itu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) mendakwa promosi bagi produk pelancongan di pulau-pulau di negara ini khususnya Langkawi agak 'lemau dan tidak bermaya'.
Khairul Firdaus berkata MOTAC melalui Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) sentiasa menyokong aktiviti yang dianjurkan di pulau itu termasuk acara perniagaan dan sukan antarabangsa seperti Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA), IRONMAN dan Langkawi International Half Marathon 2023 yang bakal berlangsung pada 2 Dis ini.
Selain itu, beliau berkata MyCEB turut menyokong acara Royal Langkawi Yacht Championship 2024 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Jan tahun depan.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik kedatangan pelancong khusunya dari 10 negara utama menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026 antaranya Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Brunei, India, China, Korea Selatan dan Australia.
Katanya, sasaran itu berdasarkan jumlah dan trend kemasukan pelancong daripada negara-negara berkenaan sejak beberapa tahun lepas.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1,083,562,100 yang diperuntukkan kepada kementerian itu dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan 21 Ahli Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kes tipu umrah: Pegawai kementerian sudah berkunjung ke pejabat Hejira - Timbalan Menteri MOTAC
Kertas siasatan kes penipuan umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Sdn Bhd telah lengkap.

Tipu umrah: Polis terima 141 laporan libatkan kerugian lebih RM3 juta
Syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

MOTAC promosi budaya sarapan Malaysia melalui program dianjurkan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus memartabatkan budaya sarapan dan makanan warisan negara melalui program dianjurkan.

Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.