KUALA LUMPUR: Pasukan Repsol Honda MotoGP mengesahkan bekas juara dunia Marc Marquez akan menyertai Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 5 Feb.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan itu menyatakan, juara dunia enam kali dalam kelas premier itu telah dibenarkan untuk kembali beraksi di litar menggunakan jentera baharu Honda RC213V, untuk secara rasminya memulakan musim 2022 pada ujian pramusim bersama rakan sepasukan Pol Espargaro.
Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun sebelum ini turun ke trek motocross, sebelum mencuba jentera Honda RC213V-s di Portimao, Portugal dan sebuah Honda CBR600 RR di Aragon, Sepanyol sebelum dibenarkan untuk kembali menggunakan jentera MotoGP buat pertama kali, kemenangan beliau di GP Emilia Romagna, Itali.
"Sepanjang musim sejuk, Marquez secara berterusan menjalani ujian dan konsultasi kesihatan bagi memantau keadaan diplopianya.
"Pada minggu-minggu terdekat ini, kondisi yang semakin baik telah memperlihatkan pasukan perubatannya menyatakan pemulihannya itu membolehkannya untuk kembali berlatih menggunakan jentera dua roda.
"Isnin lepas (24 Jan) Marquez menjalani satu lagi ujian kesihatan yang mengesahkan bahawa rawatan yang dilakukan merupakan satu kejayaan dan juara dunia lapan kali itu kini dalam keadaan sesuai untuk menunggang sebuah motosikal MotoGP," menurut kenyataan tersebut.
Honda dalam kenyataan itu menyatakan selepas ujian di Sepang, Marquez akan ke Mandalika, Indonesia pada minggu berikutnya.
Marquez telah dilaporkan menghidapi masalah penglihatan berganda pada salah satu daripada matanya, selepas sebelum ini alami kerosakan saraf yang sama pada 2011 pada kemalangan Moto2 di SIC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Juara dunia enam kali dalam kelas premier itu telah dibenarkan untuk kembali beraksi di litar menggunakan jentera baharu Honda RC213V. - AP NEWSROOM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Alex Marquez sah juara dunia Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang
Alex mengumpul 262 mata manakala abangnya, Marc, sudah merangkul gelaran juara dunia kelas MotoGP lebih awal di GP Thailand, bulan lalu.

Pedrosa menang di Malaysia, Marquez kekal pendahulu kejohanan
Pelumba Sepanyol Dani Pedrosa dari Pasukan Repsol Honda menjulang kejuaraan kedua dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Marquez juara MotoGP Amerika Syarikat
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez melebarkan kedudukan pendahulu keseluruhan musim ini selepas menjuarai saingan Grand Prix Amerika Syarikat.