KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan buntu memikirkan nasibnya selepas motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki musnah dalam kebakaran di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri pada Jumaat.
Zulkifli Abdullah, 37, berkata, dia tidak mampu membeli motosikal baharu dalam kadar segera memandangkan kurang berkemampuan.
Menurutnya, buat sementara waktu dia terpaksa meminjam motosikal adiknya atau mungkin berehat sebentar menghantar makanan sehingga memiliki motosikal ganti.
"Saya sudah gunakan motosikal itu enam tahun, ingatkan bila habis bayar boleh bernafas sedikit, tapi tak sangka pula terlibat dalam kebakaran ini.
"Saya sebenarnya tinggal di Cheras dan kebetulan tidur di rumah mak di sini.
"Jam 4 pagi dengar bunyi bising, bila tengok api sudah marak dan memang tak sempat hendak selamatkan motosikal saya," katanya kepada Sinar Harian.
Zulkifli berkata, kejadian itu kali kedua berlaku di PPR Intan Baiduri, sebelum ini kejadian serupa berlaku di Blok E, namun tidak seteruk kejadian pada kali ini.
"Saya berharap siasatan terperinci dilakukan dan jika berunsur khianat pelaku perlu diambil tindakan tegas kerana telah menyebabkan kerosakan harta benda yang banyak," katanya.
Seorang lagi mangsa, Khairul Shaadid Mohd Stures, 29, berkata, dia terkilan motosikal yang baharu dipakai enam bulan turut terjejas dalam kejadian tersebut.
"Walaupun sedih, namun saya lega kerana motosikal saya terbakar sedikit sahaja dan tidak seteruk motosikal lain.
"Saya periksa enjin motosikal masih boleh dihidupkan, namun perlu menggantikan 'cover' set yang terbakar di bahagian kiri," katanya.
Seorang warga emas, Asma Idris, 67, berkata, motosikal suaminya turut musnah dalam kejadian itu.
"Jiran ketuk pintu bagi tahu ada kebakaran. Saya ingatkan rumah terbakar rupa-rupanya motosikal penduduk yang musnah.
"Walaupun sedih, namun bersyukur kerana kejadian tidak melibatkan nyawa.
"Cuma saya harap ciri-ciri keselamatan di sini dapat dipertingkat melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) atau rondaan berkala bagi mengelak insiden sama berulang," katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, sebanyak 48 motosikal dan empat kereta musnah di Blok C PPR Intan Baiduri.
BACA: 50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran
Kejadian dipercayai bermula daripada sebuah motosikal sebelum merebak ke motosikal lain yang diletak di kawasan parkir berbumbung serta empat kenderaan yang diletak berhampiran.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi menyiasat sama ada kebakaran mempunyai elemen khianat.
BACA: 52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 05 2022
![Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646435352_CariRezeki.jpg)
Zullifli menunjukkan motosikal jenis Honda Dash miliknya yang hanya tinggal rangka. -Foto Sinar Harian
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698801092_jatuhLemas.jpg)
Lelaki jatuh lombong ditemukan lemas
Mangsa telah berjaya dijumpai oleh anggota kira-kira 1.5 meter dari tebing pada jam 1.33 pagi, Rabu.
![Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646435352_CariRezeki.jpg)
Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran
Buat sementara waktu dia terpaksa meminjam motosikal adiknya atau mungkin berehat sebentar menghantar makanan.
![52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat 52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646432723_KhianatKebakaran.jpg)
52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat
Siasatan di lokasi kejadian mendapati kebakaran memusnahkan 48 motosikal serta empat kereta itu dipercayai bermula dari sebuah motosikal.
![50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran 50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646365233_Musnahkebakaran.jpg)
50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan kedai bengkel separuh kekal di Blok C PPR berkenaan dan merebak ke kawasan parkir.
![Pengawal keselamatan ditemui mati di tempat letak kereta PPR Pengawal keselamatan ditemui mati di tempat letak kereta PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442033963_CrimeScene.jpg)
Pengawal keselamatan ditemui mati di tempat letak kereta PPR
Seorang pengawal keselamatan ditemui mati selepas dipercayai diserang dua lelaki di Blok D PPR Intan Baiduri, Kepong dekat sini, malam tadi.