KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) telah berkuat kuasa semalam dan terpakai sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.
Salinan memorandum persefahaman setebal 17 muka surat itu yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen hari ini turut menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022.
Menurut memorandum itu, kerajaan hendaklah berusaha dengan ikhtiar terbaik melaksanakan setiap satu dan segala transformasi yang dicadangkan dan dalam aturan masa yang dipersetujui kedua-dua pihak.
MoU berkenaan juga menyatakan bahawa PH bersetuju untuk mengambil pendirian menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengan Belanjawan 2022 serta proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirunding dan dipersetujui secara bersama.
PH juga bersetuju menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan, rang undang-undang lain yang kegagalan meluluskannya merupakan suatu bentuk ketidakpercayaan atau tiada keyakinan kepada kerajaan selepas proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirunding dan dipersetujui secara bersama.
Namun, persetujuan PH itu tertakluk kepada penunaian dan pelaksanaan transformasi dalam aturan masa yang dipersetujui.
MoU tersebut, yang dipersetujui tiada kerahsiaan dan didedahkan kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan dan kebertanggungjawaban, juga turut menjelaskan kegagalan menunaikan dan melaksanakan mana-mana transformasi adalah satu pelanggaran dan boleh menyebabkan perjanjian ditamatkan.
Memorandum persefahaman itu juga dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
Kedua-dua pihak bersetuju MoU berkenaan tidak akan memberi kesan kepada peranan, hak dan tanggungjawab PH untuk semak imbang, mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap Parlimen termasuk memastikan ketelusan, integriti dan keberkesanan kerajaan dalam mengendalikan isu rakyat.
MoU itu mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
Di bawah agenda pemerkasaan COVID-19, dipersetujui Majlis Pemulihan Negara perlu terdiri daripada 50 peratus pakar sektor awam dan swasta dilantik oleh kerajaan sebagai penasihat dengan pembangkang boleh mengemukakan nama.
Turut dipersetujui kedua-dua pihak adalah bantuan tunai kepada rakyat golongan B40, M40 diteruskan pada tahun hadapan, mempercepatkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), mengusahakan pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga bulan suku keempat tahun ini.
Bagi agenda transformasi pentadbiran pula, kedua-dua pihak bersetuju rang undang-undang Antilompat Parti dan/atau undang-undang yang berkenaan akan dibentang dan diluluskan di Parlimen, memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepat pelaksanaan pendaftaran umur minima pengundi 18 tahun dan membentangkan dan meluluskan rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun.
BACA: Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
Agenda Pembaharuan Parlimen pula, kedua-dua pihak bersetuju undang-undang Perkhidmatan Parlimen dibentang dan diluluskan setelah perbincangan, libat urus dan persetujuan Yang di-Pertua kedua-dua dewan diadakan.
Turut dipersetujui adalah memastikan Jawatankuasa Pilihan Khas sedia ada distruktur semula dan menambah lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengikut keperluan serta memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah seimbang.
Di bawah agenda kebebasan institusi kehakiman, kedua-dua pihak bersetuju memastikan kebebasan badan kehakiman, transformasi institusi dan tatakelola yang baik dilaksanakan sepanjang masa manakala bagi agenda MA63, kerajaan dan PH bersetuju memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara-perkara yang termaktub dalam perjanjian MA63 dan dokumen berkaitan.
Di bawah agenda pembentukan jawatankuasa pemandu, dipersetujui penubuhan dianggotai 10 individu dengan masing-masing lima wakil dari kerajaan dan pembangkang dan jawatankuasa itu hendaklah bermesyuarat sekali setiap dua minggu atau mengikut jadual yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Memorandum itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi pihak kerajaan, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - ksemuanya bagi pihak PH.
Turut menadatangani MoU itu sebagai saksi ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Peter Donald Mojuntin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) telah berkuat kuasa semalam dan terpakai sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan. - Foto PMO

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Projek ECRL capai lebih 76 peratus setakat November - MRL
Ia berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Dis 2026 bagi jajaran KB-Terminal Bersepadu Gombak.

Perkeso, MAVCOM meterai MoU perkukuh penguatkuasaan sektor penerbangan
Mohammed Azman berkata kerjasama ini bagi memastikan majikan dan pekerja industri penerbangan berdaftar dan mencarum

MoU getah antara Malaysia, Thailand akan tumpu pada pengeluaran mampan - Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai getah antara Malaysia dan Thailand akan menumpukan kepada pengeluaran getah yang mampan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.

Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.

MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.