SHAH ALAM: Beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pelaburan dijangka dimeterai syarikat berkaitan teknologi di China bersempena dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bermula hari ini hingga 1 April.
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang yang akan menyertai lawatan Perdana Menteri berkata, beliau berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi terutamanya sektor kenderaan elektrik, teknologi angkasa dan pelaburan.
"Kita berharap lawatan ini akan menghasilkan kerjasama bagi menaik taraf pelaburan berkaitan teknologi. Malah, banyak pelabur China berminat untuk melabur di Malaysia, cuma di peringkat yang berbeza. Ada yang sudah di peringkat akhir, ada yang baru bermula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu Subplace di sini semalam.
Beliau berkata semasa lawatan itu, selain perbincangan lanjut antara kementeriannya dengan beberapa syarikat berkaitan teknologi, sesi itu akan turut melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri khususnya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bagi urusan pelaburan.
Walaupun lawatan tersebut bukan misi perdagangan negara, beliau berkata pihaknya akan memanfaatkan peluang tersebut untuk berbincang lebih lanjut dengan rakan sejawat dan syarikat berkaitan teknologi di negara itu yang berminat untuk melabur di Malaysia.
Sementara itu, mengenai rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia, Chang berkata pendengaran rayuan itu akan dibuat pada akhir April.
"Pada Februari lepas, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan lesen operasi Lynas tetapi mengekalkan empat syarat tersebut, dan Lynas mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan dan mereka telah menghantar rayuan itu.
"Saya akan mempengerusikan sesi pendengaran itu dan keputusan akan dibuat selepas sesi berkenaan, namun tiada had masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
![MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679992898_ChangLihKang.jpg)
Chang (tengah) bergambar bersama peniaga-peniaga Subplace selepas merasmikan pejabat baru Subplace Boulevard di Glenmarie, Shah Alam, 28 Mac 2023. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Subplace Benny Tan (empat, kiri). --fotoBERNAMA
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Lawatan rasmi PM Anwar ke China tunjuk komitmen kuat dan hubungan baik Lawatan rasmi PM Anwar ke China tunjuk komitmen kuat dan hubungan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679931235_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan rasmi PM Anwar ke China tunjuk komitmen kuat dan hubungan baik
China menjadi negara pertama di Asia Timur yang dilawati oleh Anwar, yang juga Menteri Kewangan sejak mentadbir Kerajaan Perpaduan.
![PM Najib naiki kereta api berkelajuan tinggi ke Tianjin PM Najib naiki kereta api berkelajuan tinggi ke Tianjin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81478153548_najitrain.jpg)
PM Najib naiki kereta api berkelajuan tinggi ke Tianjin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan separuh hari ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China.