YOUSSOUFA Moukoko mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam Bundesliga ketika Borussia Dortmund tewas 1-2 kepada Union Berlin di Alten Forsterei awal pagi tadi.
Penyerang muda berbakat itu melakukan rembatan kencang dalam kawasan penalti untuk menyamakan kedudukan buat Dortmund selepas Taiwo Awoniyi meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-57.
Jaringannya terbukti masih belum mencukupi buat Dortmund apabila Marvin Friedrich kembali meletakkan Berlin di depan untuk memastikan kemenangan 2-1 tetapi pada usia 16 tahun dan 28 hari, Moukoko mencipta satu sejarah baru dalam liga divisyen utama Jerman itu.
Dia mengatasi rekod milik pemain muda Bayer Leverkusen, Florian Wirtz, yang berusia 17 tahun sebulan dan tiga hari ketika menjaringkan gol Bundesliga pertamanya pada Jun lalu.
Moukoko sebelum ini menjadi pemain termuda diturunkan dalam Bundesliga ketika dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Hertha Berlin bulan lalu.
Dia kemudian buat kali pertama dinamakan dalam kesebelasan utama Dortmund ketika menewaskan Werder Bremen 2-1, Rabu lalu.
Awal bulan ini, Moukoko turut mencipta sejarah sebagai pemain termuda membuat penampilan dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada usia 16 tahun dan 18 hari ketika pasukannya menewaskan Zenit 2-1.
Astro Arena
Sat Dec 19 2020

Pada usia 16 tahun dan 28 hari, Moukoko mencipta satu sejarah baru dalam Bundesliga. (Foto AP)

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Jerman tagih aura Goetze di Qatar 2022
Kehadiran semula Goetze menjadi harapan Flick selepas pemain itu cemerlang bersama Eintracht Frankfurt musim ini.

Moukoko jadi penjaring gol termuda dalam sejarah Bundesliga
Penyerang muda berbakat itu melakukan rembatan kencang dalam kawasan penalti untuk menyamakan kedudukan buat Dortmund selepas Taiwo Awoniyi meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-57.