Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih memegang jawatan sebagai pengerusi Anggota Parlimen Wanita Negara Komanwel(CWP).
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) itu dipilih melalui pengundian pada Persidangan Anggota Parlimen negara Komanwel ke-62 di London, United Kingdom, hari ini.
Pada sesi pengundian berkenaan, Noraini mendapat 53 undian mengalahkan Linda Reid dari Kanada yang memperoleh sembilan undi, Joyce Watson dari Wales (15) dan Poto Williams dari New Zealands (10).
Dengan kemenangan ini, beliau akan memegang jawatan sebagai pengerusi baharu CWP selama tiga tahun menggantikan Speaker Parlimen Uganda, Rebecca Kadaga yang mencalonkan Noraini dalam pengundian tersebut.
Dalam kenyataannya kepada Bernama, Noraini berkata beliau amat terharu dan berterima kasih atas mandat dan kepercayaan yang diberi para anggota CWP kepada Malaysia dan Asia Tenggara untuk memikul amanah besar di peringkat antarabangsa.
"Sesungguhnya kemenangan ini adalah kemenangan semua dan saya berjanji akan mengetepikan apa jua perbezaan demi perjuangan dan kesatuan utuh di kalangan anggota CWP secara khususnya, dan Persatuan Anggota Parlimen Komanwel (CPA).
"Pengalaman selama lapan tahun dalam CWP akan saya manfaatkan sebaik mungkin ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam politik dan parlimen serta berkongsi pengalaman antara negara-negara Komanwel ke arah meningkatkan lagi peranan wanita," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 16 2016
Noraini dipilih melalui pengundian pada Persidangan Anggota Parlimen negara Komanwel ke-62 di London, United Kingdom, hari ini. - Gambar fail
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
MP Parit Sulong dipilih pengerusi anggota parlimen wanita negara Komanwel
Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad menjadi rakyat Malaysia pertama dipilih memegang jawatan sebagai pengerusi Anggota Parlimen Wanita Negara Komanwel(CWP).