TANJONG KARANG: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi mengakui sudah membelanjakan lebih RM200,000 peruntukan kerajaan setelah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat di Parlimen itu kembali menerima manfaat dan peruntukan sewajarnya terutama sepanjang Ramadan ini.
Menurut beliau, antara program dilaksanakan termasuklah Jualan Madani selain beberapa peruntukan kepada institusi masjid, surau dan sekolah.
"Malah, kita juga banyak menghadiri dan memberi sumbangan pada program berbuka puasa, tarawih dan golongan memerlukan," katanya ketika ditemui pada Program Ihya Ramadan di Pusat Latihan dan Khidmat Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampung Sungai Kajang di sini pada Isnin.
Seramai 130 golongan asnaf terdiri daripada fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan tersebut.
Zulkafperi memberitahu, beberapa projek pembangunan dan infrastruktur yang tertangguh sejak setahun lalu juga akan dilaksanakan secara berperingkat.
"Memang kita ada peruntukan (pembangunan), tetapi semua dalam proses kerana itu tidak boleh diberi serta merta.
"Kita juga ada terima permintaan peruntukan daripada penduduk, institusi rumah ibadah serta beberapa aduan longkang atau jalan rosak untuk diambil tindakan segera," katanya.
"Selain itu, bagi individu pula kita akan membantu untuk merujuk bantuan kesesuaian melalui Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," tambah beliau.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan sokongan kepada Anwar termasuk Zulkafperi.
Selain Zulkafperi mereka ialah, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 08 2024

Zulkafperi (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Ihya Ramadan di Pusat Latihan dan Khidmat Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampung Sungai Kajang pada Ahad.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.

123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.

Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam Ahli Parlimen terbabit dikosongkan.

MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi
Datuk Zulkafperi Hanafi tidak berganjak untuk terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin berkata, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini.

Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.

Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari
Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.

MP Tanjong Karang terima peruntukan lebih RM200,000 selepas sokong PM
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi mengakui sudah membelanjakan lebih RM200,000 peruntukan kerajaan setelah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.