KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berharap para pemain industri ekonomi digital dapat memanfaat sepenuhnya penubuhan Unit #MyMudah di Dewan Perdagangan Digital Malaysia (MDCC) untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi perniagaan.
Ketua Pengarah Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata landskap ekonomi negara dan global terus berubah dengan dipengaruhi perkembangan semasa, menyaksikan teknologi digital menjadi antara faktor penting yang memberi kesan kepada perubahan tersebut.
Pada masa yang sama, teknologi digital turut memberi impak kepada pertumbuhan produktiviti dan daya saing perniagaan, katanya dalam satu kenyataan semalam.
"Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan dari ekonomi digital merekodkan nilai sejumlah RM801.2 bilion di sepanjang bulan Januari hingga September 2021, dengan peningkatan sebanyak 23.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
"Berdasarkan trend kenaikan ini, peraturan perniagaan yang berkaitan dengan ekonomi digital harus diperkemaskan agar ia menyokong persekitaran dan aktiviti perniagaan yang berkaitan," kata Abdul Latif.
Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan dan MPC ditugaskan untuk menerajui inisiatif Unit #MyMudah yang bertujuan meringankan beban peraturan yang tidak wajar ke atas perniagaan.
Melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Unit #MyMudah di persatuan perniagaan, kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri,dan pihak berkuasa tempatan bagi menambahbaik persekitaran perniagaan melalui semakan peraturan agar ia tidak membebankan pemain industri dengan kos pematuhan yang tinggi.
Sementara itu, Presiden MDCC, Chris Daniel Wong menyeru ahli MDCC untuk menggunakan platform #MyMudah bagi menyuarakan pandangan, isu, dan cabaran berkaitan peraturan agar pertumbuhan produktiviti ekonomi digital dapat berkembang dengan lebih pesat dan syarikat-syarikat akan lebih berdaya saing di rantaian nilai yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan dan MPC ditugaskan untuk menerajui inisiatif Unit #MyMudah yang bertujuan meringankan beban peraturan yang tidak wajar ke atas perniagaan.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.

Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti peraturan melalui pelaksanaan platform MyMudah.

Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC
Pendekatan dalam bentuk kaedah pembinaan yang moden perlu diperkenalkan bagi melonjak pertumbuhan projek-projek infrastruktur awam dan pembangunan perumahan mampu milik.

Xpats Gateway tingkat kecekapan pengeluaran pas ekspatriat - MPC
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat Xpats Gateway, dapat memendekkan masa kelulusan dan menyeragamkan prosedur sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran pas berkenaan.

Malaysia tempat ke-27 ranking daya saing dunia IMD 2023
Malaysia naik lima anak tangga kepada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, menurut laporan Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) 2023.

Inisiatif Bitara Madani pastikan lebih keselesaan kepada orang ramai - KSN
Kesemua inisiatif yang dikelolakan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi itu melihat kepada pelaksanaan menggunakan kos rendah, berimpak tinggi dan boleh dilakukan secara pantas.

MPC harap pemain industri ekonomi digital manfaat penubuhan Unit #MyMudah
Teknologi digital menjadi antara faktor penting yang memberi kesan kepada perubahan landskap ekonomi.

Behavioural Insight diaplikasi dalam polisi kerajaan, RMK12 - KSN
Kaedah BI adalah usaha mendekati penggubalan dasar awam dengan memahami tingkah laku manusia dalam merangka intervensi dasar.

PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.

PKS diminta kekal positif, peka terhadap inisiatif kerajaan
COVID-19 membawa perubahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam cara kita berniaga.

Permudahkan urusan visa ketibaan untuk galakkan Tahun Melawat Malaysia 2020
Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis, berkata kemudahan VoA akan meningkatkan ketibaan pelancong dari Brunei dan juga menggalakkan kunjungan 40 juta ekspatriat Cina yang kini berpangkalan di Brunei.