PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata modul itu antaranya dapat membantu memudahkan proses penghasilan berita dan pada masa yang sama mengenal pasti "deep fake", iaitu penipuan yang menyalahgunakan kandungan, dan menggunakan AI untuk menyebar berita palsu.
"Saya harap dalam masa yang tidak terlalu lama kita boleh ada satu modul, dan kita boleh menjemput rakan-rakan media untuk meniliti dan mengikutinya," katanya kepada media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya sekiranya beliau berpandangan dengan kemunculan AI wartawan tidak diperlukan lagi, beliau menjawab: "Saya rasa, tidak".
Beliau berkata AI tidak boleh turun ke lapangan dan bercakap dengan orang ramai.
"Jadi masih ada kekangan itu. Pada masa yang sama kita akui AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun dari segi penilaian setakat ini.. mungkin jika kita bandingkan tugas AI menyediakan laporan berbanding manusia, AI mungkin boleh melaksanakan sehingga kira-kira 60 peratus daripada tugasan itu.
"Jadi akan ada banyak kelemahan, kekurangan, yang hanya boleh diisi dengan akal fikiran manusia. Jadi saya fikir terutamanya apabila ia berkaitan dengan hubungan ini, kemudian ada analisis, terdapat banyak disiplin yang berbeza dalam kewartawanan, kita masih lagi tidak boleh gantikan pengkhususan ini dengan sesuatu seperti AI," tegasnya.
Sementara itu, Fahmi berkata bahawa sebaran berita palsu perlu dikekang, dan beliau menekankan akan perlunya berita yang tepat disebarkan kepada rakyat.
Pada masa yang sama, katanya perlu ada satu usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran bagaimana sekiranya wujud sesuatu berita atau maklumat palsu, orang ramai mampu mengenal pastinya.
"Maka saya lihat kod etika kewartawanan yang diluncurkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk secara keseluruhan membentuk satu budaya yang lebih prihatin terhadap bukan hanya kebenaran, tetapi bersikap adil kepada wartawan juga.
"Kita tidak boleh salahkan media bila menerbitkan sebarang berita kerana ada kalanya pihak-pihak lain mengambil kesempatan menyebarkan maklumat dengan mengambil tangkap layar tanpa pengisian keseluruhan berita yang telah dilaporkan," tambahnya.
Fahmi turut melihat kepada keperluan untuk MPI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menyebarluaskan kod etika wartawan itu, terutama sekali kepada media yang bersifat separa wartawan.
"Mungkiin ada keperluan untuk kita kita teliti mana-mana media lain yang mungkin bersifat separa wartawan, ada yang bersifat gaya hidup, tapi dari semasa ke semasa ada menerbitkan berita yang mungkin boleh menimbulkan sedikit kekeliruan.
"Ini penting supaya landskap media secara kesuluruhan dapat kita jadikan kalis berita paslu dan fitnah," katanya.
Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang diluncurkan hari ini merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Fahmi berkata modul itu antaranya dapat membantu memudahkan proses penghasilan berita dan pada masa yang sama mengenal pasti "deep fake". - Gambar fail
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
MPI umum Ainol Amriz sebagai CEO baharu
Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengumumkan pelantikan Ainol Amriz Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
HKM 2023: Astro AWANI rangkul tiga anugerah
Astro AWANI berjaya merangkul dua Anugerah Perak dan satu Anugerah Gangsa dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2023.
MPI sedia beri latihan kepada korporat tingkat kerjasama dengan media
Yong berkata, pihak korporat ingin memahami kehendak media dalam pelaporan berita bagi mendapatkan liputan yang meluas.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media
Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.
MPI tawar kursus bersama HRD Corp, kembangkan latihan komunikasi dan kandungan
Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan mula menawarkan kursus-kursus komunikasi dan kandungan dengan kerjasama bersama Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
Hadiah Kewartawanan Malaysia: Astro AWANI rangkul tiga emas, satu gangsa
Liputan 'Kajang Bypass' bawa tuah buat Hilmi dan Sallehin dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia-Malaysia Press Institute (MPI)-Petronas 2022.
Inovasi Bunga Kantan Flakes raih anugerah tertinggi MPI 2022
Produk Bunga Kantan Flakes yang dihasilkan kumpulan penyelidik UniSZA dengan kolaborasi USM Kubang Kerian itu memenangi Grand Award MPI.
Malam Wartawan Malaysia 2021 ditangguhkan - MPI
Malaysian Press Institute (MPI) menangguhkan Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan kerajaan.