KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pengurusan Mesra Mall di Kemaman, berhubung aktiviti tarian joget tradisional melibatkan penari lelaki dan wanita yang tular pada Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau sangat dukacita dengan perkara yang berlaku dan dimaklumkan program itu tidak mendapat kebenaran daripada MPK.
"Ia dianggap tidak menghormati bulan Ramadan. Pihak penganjur jelas melanggar Garis Panduan Hiburan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang mula diperkenalkan kerajaan negeri pada 2020.
"Saya sangat berharap perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tular di laman sosial rakaman video berdurasi satu minit lapan saat yang memaparkan empat individu termasuk dua wanita tidak bertudung dan berpakaian tradisional sedang menari dengan ditonton pengunjung pusat beli-belah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022

Hanafiah berkata, beliau sangat dukacita dengan perkara yang berlaku dan dimaklumkan program itu tidak mendapat kebenaran daripada MPK. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara

Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Rumah retak: Buat laporan jika ada kakitangan MPK didakwa rasuah
Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, permit ubah suai rumah dan pelan lulus dikeluarkan kepada perunding pada tahun 2012.

MPK diarah siasat tarian joget tradisional
Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pengurusan Mesra Mall.

Pihak berkuasa di Lembah Klang siap siaga hadapi banjir kilat
Agensi dan pihak berkuasa tempatan juga sedang menaik taraf dan membersihkan saliran untuk menampung air larian permukaan dan mengelakkan banjir.

JAS Selangor, MPK serbu premis cuci tong terpakai sebabkan pencemaran air
Premis yang menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram telah menyebabkan pembentukan buih berwarna putih di sebuah parit di Taman Ubudiah.

Peniaga Kuantan dibenar berjual di mana-mana lokasi sesuai
Kebenaran berniaga diberi dengan syarat lokasi perniagaan sesuai dan tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk, selain kebersihan sentiasa dijaga.

Tiga penguat kuasa MPK ditahan menyamar polis, ugut pekerja asing
Ketiga-tiga penguat kuasa berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun terbabit, ditahan sejurus laporan dibuat oleh pekerja asing berkenaan mengenai kejadian itu sekitar 4 petang.

Susah cari parkir di HTAA? Van perantara jadi penyelesaian sementara
Kementerian Kesihatan maklum dengan masalah yang sering mendapat rungutan orang ramai itu dan mengatasinya sementara dengan menyediakan perkhidmatan itu.

Pemilik restoran bukan Islam jangan perdaya pelanggan Islam!
KPDNHEP Selangor beri amaran kepada pemilik restoran agar tidak menggantungkan ayat Al-Quran sekiranya tidak mempunyai sijil sah halal.