Majlis Perundingan Melayu (MPM) melahirkan kebimbangan terhadap langkah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019, tidak menangani secara khusus isu-isu menangani jurang kekayaan antara kumpulan, sekali gus melebarkan jurang itu.
Pakar Perunding Ekonomi MPM Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019, yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 Nov sebagai kesinambungan kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK11), tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II (Memperkukuh Pembangunan Inklusif) rancangan pembangunan lima tahun itu.
Selain tiada perhatian khusus diberikan kepada isu menangani jurang kekayaan, tiada juga usaha untuk menambah pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 11 peratus setahun, seperti dipahatkan dalam KSP RMK11.
"Lantaran itu, dikhuatiri matlamat untuk merapatkan jurang kekayaan antara kumpulan seperti antara kaum melalui perkongsian kemakmuran yang dijuarai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, tidak akan tercapai," kata Akbar dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Merujuk penjualan aset, yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019, Akbar berkata tiga daripada empat kaedah yang dikemukakan adalah mencurigakan meskipun prinsipnya baik untuk menjunjung prinsip ketelusan dan semangat persaingan.
Tiga kaedah tersebut iaitu mengurangkan pegangan kerajaan dalam syarikat bukan strategik; melaksanakan model kerjasama awam swasta (Public-Private Partnership) melalui proses transaksi tukaran tanah; dan menjual tanah secara berjadual.
"Mekanisme yang akan diguna pakai ialah tender terbuka atau dijual kepada pembida tertinggi untuk memaksimumkan hasil.
"Mekanisme ini belum tentu lagi adil kepada semua, terutama jika ia turut dibuka kepada orang asing, kerana padang yang tidak sama rata.
"Yang demikian, sebelum ia dilaksanakan, perlulah dipastikan terlebih dahulu bahawa persaingan itu adil dan saksama," katanya.
Merujuk hasrat kerajaan untuk mengeluarkan (divest) syarikat-syarikat dalam sektor yang tidak strategik di bawah badan berkanun yang menghimpit atau crowding out sektor swasta.
Akbar berkata ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati pihak swasta termasuk di kalangan usahawan bumiputera.
"Menteri Kewangan hendaklah menjelaskan dengan jujur kaedah 'divestment' yang hendak dilaksanakan itu supaya terhindar daripada tohmahan telunjuk lurus kelingking berkait.
"Adakah prinsip pelaksanaannya berpaksikan matlamat untuk merapatkan jurang kekayaan antara kaum yang berpayungkan konsep berkongsi kemakmuran?" katanya.
Akbar menegaskan peluang hendaklah dibuka kepada bumiputera yang layak dan berkemampuan melalui mekanisme persaingan yang adil, bukannya diberi kepada kroni.
Mempersoalkan asas peruntukan dalam menaik taraf dan menyelenggara sekolah, Akbar berkata isu yang timbul adalah peruntukan tidak adil dan saksama (equitable) menjadikan peruntukan purata yang lebih kecil bagi sekolah kebangsaan berbanding sekolah-sekolah lain boleh menyebabkan jurang kesejahteraan hidup antara kaum serta antara bandar dan luar bandar bertambah luas.
"Sekiranya keutamaan masih lagi tidak ditumpukan kepada merapatkan jurang antara kumpulan 'per se' (gap centric) maka, seperti yang terbukti sejak 2009, Belanjawan 2019 ini akan melebarkan lagi jurang tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018

Akbar menegaskan dalam melaksanakan kaedah 'divestment', peluang hendaklah dibuka kepada bumiputera yang layak dan berkemampuan melalui mekanisme persaingan yang adil, bukannya diberi kepada kroni. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.