KAJANG: Majlis Profesor Negara (MPN) tidak bersetuju dengan lantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor universiti awam tanpa persetujuan jawatankuasa universiti tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata lantikan seumpama itu tidak mengikut prosedur yang lazim dilakukan serta budaya akademik semasa.
Beliau berkata Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor adalah pemimpin utama universiti awam dan lantikan mereka dibuat dengan keputusan Menteri Pengajian Tinggi, namun ia hendaklah dibantu oleh sebuah jawatankuasa bagi memilih calon sesuai.
"Saya telah dihujani banyak panggilan dan aduan dari kalangan warga akademik yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka atas lantikan sebegini yang tidak melalui saluran biasa dan antara aduan tersebut juga ialah calon yang dipilih bukan dari ahli senat universiti dan tidak mempunyai modul kepimpinan yang tinggi," katanya kepada pemberita di pejabat MPN di sini hari ini.
Menurutnya calon bagi jawatan berkenaan perlu mempunyai ciri-ciri utama seperti memiliki kelulusan akademik yang tinggi dan berkemahiran menguruskan organisasi besar seperti universiti.
Raduan berkata MPN berasa terpanggil untuk memberikan teguran dan memohon supaya kerajaan mengelakkan lantikan tanpa persetujuan jawatankuasa universiti supaya mereka yang dilantik merupakan individu terbaik bagi kepentingan universiti tersebut.
"Bidang akademik adalah merupakan pelaburan penting negara dan adalah diharapkan dengan mendapat calon terbaik maka taraf universiti awam akan dapat dipertingkatkan lagi sehingga ke tahap antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata lantikan seumpama itu tidak mengikut prosedur yang lazim dilakukan serta budaya akademik semasa. - Gambar fail/BERNAMA
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Presiden MPN, profesor didakwa pecah amanah RM271,000
Presiden MPN dan seorang lagi profesor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan pecah amanah dan bersubahat.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
Tidak terima dana kerajaan sejak bubar pada 2018 - MPN jawab pendedahan LKAN
Mulai tarikh pembubaran itu, MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri.
LKAN: MPN salah guna dana, bayar elaun tinggi dan biaya operasi dua syarikat ahli lembaga pengarah
Elaun RM207,000 dibayar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi serta dana RM373,516 biaya operasi syarikat milik ahli lembaga pemegang amanah antara salah guna di MPN.
Taksiran murid sekolah rendah berbeza mampu pacu sistem pendidikan negara
Kepelbagaian format pentaksiran itu membolehkan murid dinilai secara adil, mengikut kesesuaian setempat.
Gelaran profesor bukan hanya pengiktirafan, tetapi tanggungjawab besar
Gelaran profesor diberikan kepada golongan cerdik pandai bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kepintaran, tetapi ia melambangkan tanggungjawab besar yang ditanggung golongan berkenaan, kata Khaled.
Potensi kemasukan pelajar dari China meriahkan sektor pendidikan - MPN
Potensi kemasukan pelajar dari negara China untuk memeriahkan sektor pendidikan di negara ini dilihat sangat besar.
Pertemuan bersama ilmuan, 'koridor baharu' penuhi pentadbiran aspirasi rakyat - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan delegasi dari Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini.
PRU15: MPN gesa percepat bentuk kerajaan, ketepi kepentingan peribadi
MPN menyeru semua pihak meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi lain-lain kepentingan yang sempit dan bersifat peribadi.