Seramai 492,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara bakal mendapat sijil di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada hujung tahun ini.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata sijil itu amat penting kepada pekebun kecil sawit agar komoditi yang dihasilkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh negara maju terutamanya di Eropah.
"Setakat ini, sebanyak 62,009 pekebun kecil persendirian yang memiliki 243,666 hektar tanaman sawit dan 231,576 pekebun kecil tersusun yang mengusahakan 670,010 hektar tanaman sawit telah mendapat sijil MSPO.
"Pekebun kecil tersusun amat mudah untuk mendapat MSPO memandangkan mereka berada di bawah seliaan pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan lain-lain.
"Bagaimanapun, bagi pekebun kecil persendirian agak sukar kerana MPOB perlu mengadakan pertemuan dan memberi penerangan kepada mereka dan ia akan dilakukan dari semasa ke semasa agar mereka juga mendapat pensijilan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Ahmad Jazlan sebelum ini berkata, MPOB melalui Pusat Latihan Sawit Malaysia (Plasma) mensasarkan pengambilan 400 pelajar setahun bagi mengikuti kursus-kursus dalam industri sawit yang menyediakan kemahiran untuk belia dan mereka yang berminat.
Ujarnya, Plasma yang ditubuhkan MPOB menawarkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) yang memberi peluang kepada golongan belia untuk menjadi tenaga kerja terlatih di ladang.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata mana-mana pekebun kecil yang tidak mempunyai sijil MSPO boleh dikenakan denda dan kompaun di bawah Peraturan 15 Akta MPOB selain boleh menyebabkan lesen mereka ditarik balik.
Beliau berkata walaupun kerajaan masih belum memutuskan jumlah denda yang akan dikenakan di bawah peraturan berkenaan kepada mana-mana pekebun kecil yang masih belum mempunyai MSPO, namun peraturan berkenaan telah bermula sejak 1 Julai lepas.
Menurutnya, bermula 1 Jan, 2021, MPOB akan mula memberi peringatan kepada pekebun kecil yang masih gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum kompaun dikeluarkan pada 1 Julai 2021 jika masih ingkar.
"Bermula 1 Jan, 2022 pula, sekiranya pekebun kecil masih ingkar, kita akan ambil tindakan lebih tegas termasuklah menarik lesen mereka selain memastikan kilang tidak membeli buah sawit yang dikeluarkan mereka.
"Pekebun kecil tidak perlu risau kerana kerajaan memperuntukkan sebanyak RM135 per hektar bagi menampung kos dalam usaha membantu pekebun kecil mendapatkan sijil berkenaan," katanya.
Astro Awani
Thu Jul 09 2020

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (tengah) menanyakan sesuatu kepada pekebun kecil sawit Sulaiman Seman, 69, (kanan) dan Lor kiat Soon, 72, (kiri) yang menerima sijil pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). - BERNAMA

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit
Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.

MPOB sasar 492,000 pekebun terima MSPO menjelang hujung tahun - Ahmad Jazlan
Seramai 492,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara bakal mendapat sijil di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada hujung tahun ini.

MPOB sasar 400 pelajar setahun dalam kursus industri sawit - Ahmad Jazlan
MPOB mensasarkan pengambilan 400 pelajar setahun bagi mengikuti kursus-kursus dalam industri sawit.

ERP: Pengecualian duti lonjak nilai eksport sawit
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata langkah itu juga secara langsung membantu pekebun kecil amnya dengan hasil keluaran mereka akan lebih cepat diterima

Banjir: Kerosakan prasarana di Kelantan dianggarkan lebih RM300 juta - Ahmad Jazlan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menganggarkan kerosakan prasarana akibat banjir di Kelantan sejak bulan lepas sehingga kini berjumlah lebih RM30 juta.

Ahli Parlimen terkejut ramai ADUN tidak beri respon kepada pertanyaan rakyat
Ahli Parlimen terkejut dengan hasil kajian yang mendapati hanya lima daripada 114 ADUN yang beri respons ketika dihubungi melalui email atau jaringan media sosial.