MAJLIS Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyokong penuh dan menyambut baik inisiatif Y.A.B. Perdana Menteri untuk melantikan seorang Senator bagi mewakili belia dalam Dewan Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, baru-baru ini.
Hal ini demikian kerana dengan adanya penglibatan wakil belia dalam Dewan Negara dapat membawa suara belia secara terus terhadap kelangsungan hidup generasi muda dan masyarakat seratanya.
Pengiktirafan oleh kerajaan ini bakal memperlihatkan variasi perspektif dan pandangan oleh belia dalam membuat keputusan seiring dengan perkembangan negara kini.
Hal ini sekali gus dapat memperkasakan inisiatif dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia yang agak membimbangkan.
Saya percaya penglibatan belia bakal membantu meneruskan pembangunan negara melalui Aspirasi Keluarga Malaysia bagi generasi akan datang kerana belia bakal pelapis kepimpinan negara.
Tambahan pula inisiatif menambahkan peruntukan RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) diyakini dapat menggiatkan peranan belia dalam aspek kepimpinan mahupun ekonomi melalui kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh pertubuhan belia.
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Jatuh bangun belia hari ini merupakan permulaan titik tolak yang akan menentukan tamadun negara pada masa hadapan.
Terima kasih.
Ct Faizah Abdul Rahman,
Naib Presiden,
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Kenyataan Media
Sun Jul 17 2022

CT FAIZAH: "Penglibatan belia bakal membantu meneruskan pembangunan negara melalui Aspirasi Keluarga Malaysia bagi generasi akan datang kerana belia bakal pelapis kepimpinan negara".

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MPPK diarah sedia laporan berkaitan beban tugas, kebajikan guru
Laporan itu perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan.

MPPK sokong hasrat PM lantik belia sebagai Senator Dewan Negara
Dengan adanya penglibatan wakil belia dalam Dewan Negara dapat membawa suara belia secara terus terhadap kelangsungan hidup generasi muda dan masyarakat.

Kursus Integriti dan Antirasuah di IPT pastikan pelajar cakna kesan rasuah - MPPK
MPPK yakin pelaksanaan Kursus Integriti dan Antirasuah di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bermula tahun depan akan membolehkan pelajar lebih cakna dengan kesan dan akibat rasuah.

Undi18: Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda - PM
Kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda di negara ini, justeru itu kerajaan memberi taruhan kepada Undi18, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kesihatan mental: MPPK mohon tempoh pembelajaran di IPT dipanjangkan
Syor kaji semula kaedah pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian susulan kebimbangan pelajar terhadap kesihatan mental mereka.

KPT bincang solusi terbaik isu yuran pengajian IPT
Perkara itu kini dalam proses perbincangan untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut.

MPPK sambut baik pengumuman kerajaan benarkan pelajar IPT pulang ke rumah secara berperingkat
MPPK, menyambut baik pengumuman kerajaan membenarkan penuntut IPT, yang terkandas di kampus atau yang menyewa di luar kampus, pulang ke rumah masing-masing Isnin ini.