SELAYANG: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membeli minyak masak terpakai daripada peniaga dan orang ramai dengan kadar RM1.50 bagi setiap kilogram (kg).
Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, Program Kitar Semula Minyak Masak di bazar Ramadan itu merupakan inisiatif pelestarian alam sekitar.
Menurutnya, program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.
"Orang ramai dan peniaga yang ingin menjual minyak masak terpakai hanya perlu membawa minyak masak tersebut di reruai yang dibuka bermula jam 3 petang hingga 7 malam.
"Antara lokasi bazar terpilih adalah Bazar Ramadan Greenwood pada 17 April disusuli Bazar Ramadan Taman Sunway Batu Caves (19 April), Bazar Ramadan Tun Teja Rawang (20 April), Bazar Ramadan Kampung Melayu Sungai Buloh (21 April), Bazar Ramadan Taman Samudera (25 April) dan Bazar Ramadan Putri Central Park (26 April)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, sehingga 15 April lalu, MPS telah menerima 47kg minyak masak terpakai daripada orang ramai dan peniaga.
Tambahnya, MPS berharap jumlah tersebut terus bertambah dan dapat mencapai sasaran 250kg jumlah kutipan minyak masak terpakai sepanjang tempoh kempen yang berakhir pada 26 April.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 16 2022

Antara minyak masak yang dijual oleh peniaga dan orang awam pada Program Kitar Semula Minyak Masak di bazar Ramadan. -Foto Sinar Harian

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

MPS roboh struktur tambahan tanpa kebenaran
Struktur tambahan terpaksa dirobohkan kerana ia dibina di atas longkang tanpa mendapat sebarang kelulusan PBT.

Peniaga bazar Ramadan di Selayang diberi notis
Notis yang dikeluar melibatkan kesalahan peniaga tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada kursus pengendalian makanan seperti yang disyaratkan kepada peniaga makanan.

Stadium Selayang ditutup sementara bagi naik taraf lampu limpah
Penutupan dalam tempoh lima bulan bermula 1 Julai sehingga 7 Disember depan.

MPS beli minyak masak terpakai RM1.50 sekilogram
Program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.

12 tab mandi di Kolam Air Panas Selayang diroboh
Aktiviti itu terbongkar hasil aduan awam dan Ahli Majlis MPS selepas pembinaan dilakukan dalam kawasan di bawah pentadbiran MPS dibuat tanpa sebarang permohonan.

10 individu ditahan ugut pegawai kanan MPS
Mereka bertindak menyimbah cat merah dan membakar mercun di rumah pengarah terbabit dalam dua kejadian pada 28 April dan 13 Mei lalu.

MPS: Kereta kabel tidak sesuai dibina di Batu Caves
Kemudahan kereta kabel yang sepatutnya siap dibina di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pada bulan ini, didapati tidak sesuai dibina di kawasan tersebut.