KUALA LUMPUR: Tindakan terbaharu pengurusan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk menghalang pelajar-pelajar dari aliran pendidikan vernakular dan agama dari memohon ke institusi itu adalah satu tindakan yang terkebelakang.
Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, langkah itu seolah-olah menafikan kebolehan pelajar-pelajar lepasan aliran pendidikan vernakular dan agama di negara kita.
"Realitinya, kedua-dua aliran pendidikan ini masih melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dari segenap aspek dan layak untuk diberi peluang untuk meneruskan pengajian di MRSM.
"Bukankah tindakan baru ini seolah-oleh menafikan hak mereka? Saya berpandangan, pihak MRSM terutamanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bertanggung jawab untuk mengawal selia MRSM perlu segera menjelaskan perubahan dasar ini dan mempertimbang untuk kembali menggunakan dasar pengambilan sedia ada yang lebih inklusif.
"MRSM adalah antara institusi pendidikan negara yang bermutu tinggi dan berpotensi untuk melahirkan 'human capital' yang holistik dalam pelbagai bidang. Adalah tidak wajar untuk menjadikan MRSM sebagai satu institusi pendidikan yang eksklusif untuk golongan pelajar dari aliran pendidikan yang tertentu sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, beberapa portal melaporkan isu berhubung dasar pengambilan baharu MRSM yang tidak lagi akan menerima permohonan kemasukan dari kalangan pelajar sekolah vernakular dan sekolah agama.
Dalam pada itu kata Sivarraajh, perubahan dasar pengurusan MRSM tidak langsung mencerminkan gagasan 'Keluarga Malaysia'.
Tegasnya, langkah itu sekali gus menyimpang jauh dari aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi penekanan kepada usaha integrasi kaum dan agama yang lebih tersusun.
"Walaupun pada dasarnya MRSM hanya terbuka untuk pelajar bumiputera, dasar tersebut telah diubah secara berperingkat sejak kebelakangan ini terutamanya di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan MRSM dapat menjadi institusi pendidikan yang lebih inklusif.
"Berikutan itu, pelajar-pelajar pelbagai latar kaum dan aliran pendidikan telah mula diterima ke MRSM.
"Perubahan dasar tersebut adalah selaras dengan gagasan '1Malaysia' yang diterajui oleh pentadbiran Najib ketika itu," jelasnya.
Astro Awani
Sat Sep 04 2021

Sivarraajh berkata, langkah itu seolah-olah menafikan kebolehan pelajar-pelajar lepasan aliran pendidikan vernakular dan agama di negara kita - Gambar fail/BERNAMA
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).