KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MS) berpuas hati dengan prestasi dipamerkan skuad terjun negara di kejohanan terjun Grand Prix (GP) Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) Malaysia (GP Malaysia), yang berakhir semalam.
Walaupun tanpa penyertaan antarabangsa terutama dari China, Setiausaha Agung MS, Mae Chen berkata atlet kebangsaan telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.
Beliau berkata berdasarkan pemarkahan juri, persembahan penerjun negara adalah dikagumi dengan terjunan lebih mantap kecuali Ong Ker Ying yang masih baharu di pentas kejohanan.
"Persembahan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri lebih baik berbanding di Olimpik Tokyo 2020, markah itu sekurang-kurangnya menghadiahkan mereka pingat gangsa," katanya kepada Bernama.
Mae berkata bagi kategori lelaki, Jellson Jabillin dan Ooi Tze Liang turut memberikan aksi hebat untuk mencipta prestasi terbaik masing-masing bagi musim ini.
"Kita juga dapat lihat Kimberly Bong dan Enrique Maccartney Harold mula menunjukkan kebangkitan semula selepas menjalani pembedahan dan pemulihan.
"Bagaimanapun, kedua-dua penerjun negara itu masih perlukan sokongan ISN (Institut Sukan Negara) berhubung latihan mental bagi membantu mereka menangani lawan lebih kuat dalam saingan lebih besar tahun depan dan menjelang Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.
Skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada kejohanan yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, selepas dua tahun terhenti berikutan pandemik COVID-19.
Walaupun menyumbang mata ranking dunia oleh FINA, namun sebilangan peserta dari luar negara sahaja menyertai kejohanan berkenaan iaitu dari Australia, Korea Selatan, Mesir dan Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022

Atlet kebangsaan telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Persekutuan Renang Malaysia teroka bakat baharu menerusi program atlet muda
Ia sebahagian usaha bagi memulihkan prestasi sukan terjun susulan persembahan mengecewakan pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha.

Kolam terjun sekadar hiasan, bekas atlet tak minat turun padang
Hanya tiga negeri memenuhi keperluan sukan terjun antaranya Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas

MS puas hati prestasi skuad terjun negara di GP Malaysia
Atlet kebangsaan telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Terjun Siri Piala Dunia: Gandingan Pandelela-Mun Yee tidak menjadi
Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee, terlepas meraih pingat selepas menamatkan saingan 10m platform seirama di tangga keempat dalam Kejohanan Terjun Siri Piala Dunia di Windsor, Kanada

Dhabitah-Jun Hoong bantu skuad terjun Malaysia raih slot ketujuh Sukan Olimpik
Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang selepas menempah slot ketujuh ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos.

'Ramai lagi akan sertai saya ke Rio' - Pandelela
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong yakin lebih ramai lagi penerjun negara akan sertainya ke Sukan Olimpik Rio tahun hadapan.