KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) bekerjasama dan membina perkongsian bagi memupuk pertumbuhan keusahawanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia bagi menembusi pasaran eksport.
Bagi menjayakan usaha tersebut, kedua-dua agensi tersebut secara rasmi bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) pada Isnin.
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.
Menerusi perkongsian ini, MTDC dan SME Corp akan bekerjasama rapat untuk membangunkan hubungan dan platform simbiotik, berkongsi pandangan perniagaan yang berharga, dan mencipta program komprehensif untuk meningkatkan daya saing dan inovasi usahawan Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan, perkongsian yang diperbaharui dengan SME Corp ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan memanfaatkan kepakaran dalam memupuk dan menyokong perusahaan yang dipacu teknologi.
“Pertamanya, kami akan memberikan sokongan yang relevan kepada SME Corp dalam kerjasama ini termasuk pembinaan keupayaan usahawan dan pihak berkepentingan lain.
“Perkara kedua, sudah tentu untuk mereka bentuk dan membangunkan program, ini sudah pun direka bentuk dan dibangunkan program yang kami lakukan bersama-sama dengan SME Corp.
“Dengan menggunakan rantaian bekalan kami, sekali lagi program kami seperti yang saya katakan, kami bukan hanya menyasarkan bilangan syarikat tetapi apa yang kami bawa adalah ekosistem syarikat,” katanya pada sidang media selepas pertukaran MoU antara kedua-dua agensi.
Sementara itu bagi Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy pula, kerjasama ini bertujuan untuk membantu memperkasakan PKS dan berusaha untuk membawa mereka ke pasaran antarabangsa.
“Kami ingin melihat PKS atau MSME melangkah lebih jauh ke luar sempadan Malaysia untuk menjadi pemain global dan pengeksport secara mampan.
“Cabaran bagi PKS pada masa ini dalam pasaran eksport adalah dua perkara, satu adalah untuk menantarabangsakan mereka di destinasi pasaran yang mereka ingin pergi.
“Kedua ialah mengenai kemampanan terutamanya dalam alam sekitar, sosial dan tadbir urus,” katanya.
Melalui kerjasama ini, program baharu yang dinamakan ‘Transforming SMEs into Exporters (TSMEX)’ akan diperkenalkan untuk menyokong dan menyediakan lebih banyak PKS tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara melalui pengeksportan.
Program dua fasa itu akan melibatkan beberapa siri sesi latihan, bengkel, khidmat nasihat dan aktiviti pegangan tangan.
Astro Awani
Mon Dec 11 2023

Menerusi perkongsian ini, MTDC dan SME Corp akan bekerjasama rapat untuk membangunkan hubungan dan platform simbiotik. - Gambar ihsan MTDC
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
Consider This: Congestion Pricing (Part 2) — What Will Make Traffic Finally Move?
Kuala Lumpur’s worsening traffic congestion is costing Malaysia RM20 billion annually, according to a 2020 Prasarana study. Now, the government is considering a congestion charge—a fee imposed on vehicles using certain roads at peak hours—it’s expected to reduce traffic by an estimated 20%. But will it work? How will it be implemented? And will it place an unfair burden on road users? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Associate Professor Dr Law Teik Hua, Head of the Road Safety Research Centre under Universiti Putra Malaysia.

Polis gagalkan cubaan seludup karkas babi
Polis mematahkan cubaan menyeludup masuk keratan karkas babi disyaki dari negara jiran selepas menahan seorang pemandu lori di Taman Industri Jaya, Skudai pada Jumaat lepas.

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
AWANI Ringkas: Jenayah | PRK Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Sindiket penipuan pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Kolej Vokasional Lahad Datu: Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.

MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.