PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 pada sesi pertama Parlimen tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, perkara itu telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Tanah Negara (MTN) ke-79, Jabatan Peguam Negara, serta Jemaah Kabinet.
Jelas Perdana Menteri lagi, selain RUU tersebut, terdapat tiga lagi kertas telah dibentangkan di Mesyuarat MTN, mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan perhutanan dan perlombongan.
"Mesyuarat MTN Ke-79 telah bersetuju dengan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 Disember 2020 dan Jemaah Menteri pada 6 Januari 2021.
“Dalam konteks ini pemakaian Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 hanya akan terpakai di negeri-negeri setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Enakmen Perhutanan (Pemakaian) masing-masing,” katanya lagi.
Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, MTN juga telah bersetuju dengan Tindakan Penguatkuasaan dan Penyelesaian Terhadap Penerokaan Haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Semenanjung Malaysia.
Semua kerajaan negeri, kata Perdana Menteri, perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan penyelesaian terhadap penerokaan haram di setiap negeri selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.
Selain itu, katanya lagi, MTN juga telah bersetuju secara prinsip dengan pelaksanaan Moratorium Kelulusan Baharu Penubuhan Ladang Hutan dalam HSK di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun.
“Dalam hal ini, MTN Ke-79 juga mengambil perhatian bahawa terdapat 127,050.25 hektar Zon Pembangunan Ladang Hutan dalam HSK yang belum diluluskan kepada mana-mana syarikat.
“Oleh yang demikian, sebelum moratorium dikenakan ke atas kawasan tersebut, Kerajaan Negeri yang ingin meneruskan pembangunan ladang hutan perlu melaksanakan perundingan secara terperinci dengan KeTSA bagi memastikan syarikat-syarikat yang akan dilantik mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi serta lain-lain perundangan yang berkuatkuasa,” kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata, MTN Ke-79 juga telah mengesahkan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Mineral Pertama yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri (Datuk Seri Azmin Ali) pada 16 Februari 2021.
“Keputusan-keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mineral, katanya lagi, perlu dibawa untuk persetujuan dan pengesahan MTN.
“Ini bagi membolehkan keputusan-keputusan tersebut dipersetujui dan disahkan khususnya yang melibatkan aspek perundangan seperti Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta enakmen berkaitan di peringkat negeri,” kata Perdana Menteri.
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Dec 03 2021
![MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638498751_PMO.jpg)
Antara perkara dipersetujui, kata PM, semua kerajaan negeri perlu tangani penerokaan haram, selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022. - Foto PMO
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639032563_TBHUTAN.jpg)
Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin
Setiap negeri mempunyai Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi pengusahasilan balak setiap tahun, yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara (MTN).
![MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638498751_PMO.jpg)
MTN lulus empat kertas dasar berkaitan perhutanan, perlombongan - Ismail Sabri
Antara perkara dipersetujui, kata PM, semua kerajaan negeri perlu tangani penerokaan haram, selewat-lewatnya pada 1 Jun 2022.
![Tiada kelulusan baharu pembalakan - Sanusi Tiada kelulusan baharu pembalakan - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615298433_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Tiada kelulusan baharu pembalakan - Sanusi
Projek mengeluarkan balak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik yang tular baru-baru ini, sebenarnya telah diluluskan pada 2017.
![Sarawak komited jayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Sarawak komited jayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611922998_KEMPENJUTAPOKOKSA.jpg)
Sarawak komited jayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
Sarawak memohon peruntukan RM20 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 juta Pokok.
![Kerajaan perlu semak Dasar Perhutanan Negara - Anwar Kerajaan perlu semak Dasar Perhutanan Negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/81390899296_295x200.jpg)
Kerajaan perlu semak Dasar Perhutanan Negara - Anwar
Majlis Tanah Negara diminta untuk menyemak kembali Dasar Perhutanan Negara yang digubal pada tahun 1977 agar ia diperkemas sesuai dengan situasi semasa.
![Mesyuarat MTN setuju garis panduan perolehan hartanah dikuat kuasa Mesyuarat MTN setuju garis panduan perolehan hartanah dikuat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61416290602_295x200.jpg)
Mesyuarat MTN setuju garis panduan perolehan hartanah dikuat kuasa
Majlis Tanah Negara (MTN) hari bersetuju supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014.