MCMC dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan terhadap individu itu dilakukan sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.
"Individu berkenaan gagal hadir pada sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah terbabit pada 24 Feb 2025. Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu.
MCMC memaklumkan, individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kesalahan terbabit didakwa dilakukan menerusi laman aplikasi Facebook miliknya. - BERNAMA
