SHAH ALAM: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berpandangan tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran sudah tidak menjadi isu.
Jelas beliau, ia berikutan keputusan yang ditetapkan Mahkamah Tinggi pada 2021 itu adalah kebenaran menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan yang berkenaan bukan untuk tujuan sebaran kepada umum.
“Sebelum ini kita putuskan di Semenanjung Malaysia ni tak boleh, kalimah Allah hanya eksklusif untuk orang Islam. Jadi maknanya penyebaran secara terbuka itu tidak boleh.
“Tapi untuk antara Kristian ke Kristian terserah kepada mereka. Ia sudah tidak jadi isu. Sebab (penggunaan kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat) antara mereka sesama mereka.
“Yang jadi isu kalau ia untuk penyebaran kepada orang Islam. Kita halang atau pandangan kita dulu ialah menggunakan kalimah Allah dan lain-lain untuk penyebaran kepada umum,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tambah beliau, sekiranya penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain itu adalah untuk sebaran umum, ia telah bercanggah dengan enakmen.
“Kalau ia untuk dalam, bukan keluar, maknanya hanya sesama mereka, itu yang mahkamah putuskan dan tidak ada hak untuk kita sekat,” katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan media, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berpandangan sebaliknya dengan menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil kira dan menghormati keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) bagi memelihara kesucian nama Allah daripada sebarang bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kalimah Allah.
Sehubungan itu, beliau menggesa KDN mempertimbangkan semula keputusan menarik balik keputusan rayuan berkenaan.
“Ada beberapa negeri mewartakan keputusan ini. Perak mewartakan fatwa berkenaan. Fatwa mengenai penggunaan kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dalam agama Islam sahaja pada 2010,” katanya.
Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam kenyataannya berkata, penyelesaian terbaik adalah menyerahkan kepada pihak yang ahli dan mempunyai kepakaran dalam konteks isu berkenaan.
Katanya, isu berkenaan juga perlu dirujuk kepada Majlis Raja-Raja memandangkan Duli Tuanku adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing manakala Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama di negeri yang tiada Raja atau Sultan.
“Adalah lebih baik diserahkan kepada ahlinya bagi mencari penyelesaian yang adil untuk semua pihak terbabit.
“Mengikut laporan media, Peguam Kanan Persekutuan berpandangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah terkhilaf dalam keputusan yang dibuatnya pada 10 Mac 2021 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama selain Islam,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, khusus di Pulau Pinang, Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam mesyuarat pada 5 Mei 2008 memutuskan bahawa kalimah Allah hendaklah hanya digunakan secara eksklusif untuk agama Islam dan umat Islam sahaja.
“Jika ada mana-mana orang menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan di dalam agama selain Islam maka ia dianggap sebagai menghina kesucian agama Islam.
“Kebebasan beragama untuk penganut agama lain bersyarat tidak melangkaui had sempadan agama Islam,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 17 2023

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, penyelesaian terbaik adalah menyerahkan kepada pihak yang ahli dan mempunyai kepakaran dalam konteks isu berkenaan. - Gambar hiasan

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.

'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.

Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.

Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.

#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.

Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.