SHAH ALAM : Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu memerintahkan aktivis T. Arunakirinathan membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ishak Bakri membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Mohd Asri sebagai plaintif dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap Arunakirinathan selaku defendan.
Beliau juga mengarahkan Arunakirinathan untuk membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Mohd Asri serta faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
“Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan mempertimbangkan hujah-hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif telah berjaya membuktikan kes plaintif terhadap defendan,” kata hakim itu.
Media memperoleh maklumat keputusan itu menerusi laman web sistem e-filing mahkamah dan juga peguam plaintif Meor Amir Meor Omar Baki. Arunakirinathan diwakili peguam S. Dyna Sri.
Mahkamah membuat keputusan itu melalui e-mel yang disampaikan kepada peguam plaintif dan defendan.
Ishak dalam penghakimannya turut mengarahkan Arunakirinathan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mohd Asri secara bertulis dalam berita akhbar utama pilihan mufti itu.
Beliau juga memerintah permohonan maaf yang sama dibuat defendan melalui dua akaun Facebook defendan dan menarik balik kedua-dua hantaran fitnah tersebut termasuk mana-mana hantaran yang memetik plaintif secara langsung atau tidak langsung.
Selain itu, mahkamah juga membenarkan suatu injunksi kekal menghalang Arunakirinathan daripada bercakap, menerbitkan, menghasut bagi tujuan penerbitan atau menyebabkan penerbitan sebarang hantaran yang memfitnah dan merujuk kepada Mohd Asri sama ada secara lisan atau bertulis.
Pada 25 Februari 2019, Mohd Asri memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Arunakirinathan dalam akaun Facebook Arunakiri Nathan pada 26 dan 27 Nov 2018 yang antara lain mendakwa bahawa Mohd Asri ingin menghancurkan kuil-kuil dan terlibat dalam penculikan seorang pastor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
![Mufti Perlis menang saman fitnah peroleh ganti rugi RM150,000 Mufti Perlis menang saman fitnah peroleh ganti rugi RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619628156_drMaza.jpg)
Hakim turut mengarahkan Arunakirinathan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mohd Asri (gambar) secara bertulis dalam berita akhbar utama pilihan mufti itu.
![Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
RMHC Malaysia rasmi rumah RMH ketiga, bantu 4000 keluarga sejuak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
Bakal haji diwajibkan suntik vaksin Meningococcal
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618148_RahmadMariman.jpg)
MAIM siasat dakwaan wanita gagal dapat bantuan, terpaksa tidur di surau
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat dakwaan berhubung seorang wanita gagal mendapatkan bantuan daripada agensi itu sehingga terpaksa berlindung di sebuah surau.
Pemandu kereta buat pusingan dari pagi ke malam hidap Skizofrenia
Pemandu kereta Axia putih yang dikatakan membuat pusingan beratus kali di bulata Majhkota, Kluang, Johor yang tular dalam media sosial disahkan mengalami skizofrenia.
![192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution 192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739618005_SaifuddinNasution.jpg)
192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
AWANI Borneo [15/2/2025] – Tawar harga tiket berpatutan| Bukan tiada sumber air| Tepis spekulasi
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo.
- Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib.
- Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739617940_ZambryAbdulKadir.jpg)
KTP manfaatkan masyarakat, sangkal warga universiti tidak tahu realiti lapangan
Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731999605_AsriZainul.jpg)
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
![Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722830105_AsriZainul.jpg)
Kaitkan dengan GISB, Mufti Perlis saman pemilik akaun Facebook
Pengurusan kes saman itu ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ong Yen Li pada 11 Nov ini secara e-review.
![Kontroversi GISB: Majlis fatwa negeri mula bersuara Kontroversi GISB: Majlis fatwa negeri mula bersuara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726842213_tbGlobalIkhwanServ.jpg)
Kontroversi GISB: Majlis fatwa negeri mula bersuara
Perlis menjadi negeri pertama memutuskan bahawa ajaran dan kepercayaan yang dibawa oleh GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dalam aspek batiniah.
![Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan kepercayaan, ajaran dalam GISB ada unsur ajaran sesat Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan kepercayaan, ajaran dalam GISB ada unsur ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722830105_AsriZainul.jpg)
Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan kepercayaan, ajaran dalam GISB ada unsur ajaran sesat
Mesyuarat Khas Jawatankausa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat.
![Daging korban boleh diberi kepada orang bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam - Mufti Perlis Daging korban boleh diberi kepada orang bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam - Mufti Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657329232_TBlapahdaging.jpg)
Daging korban boleh diberi kepada orang bukan Islam yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam - Mufti Perlis
Keputusan berkenaan adalah antara keputusan yang dicapai pada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 baru-baru ini.
![Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709000253_MenantulelakiRaja.jpg)
Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada 7.26 pagi akibat komplikasi buah pinggang.
![GEGAR raikan cinta Sabri Yunus dan Angeline Tan GEGAR raikan cinta Sabri Yunus dan Angeline Tan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697518460_SabriYunus.jpg)
GEGAR raikan cinta Sabri Yunus dan Angeline Tan
Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada Sabri Yunus yang popular dengan watak Pok Ya selaku penggiat seni budaya Pantai Timur yang juga sinonim dengan jenama radio GEGAR.
![Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697514741_SeminarPenipuanUmr.jpg)
Nikah tetap sah walaupun pengantin lelaki sebut 'Aku terima' atau 'Aku reda' - Zulkifli
Perbahasan mengenai perkara itu dihuraikan panjang lebar menerusi artikel terbaharu Zulkifli menerusi laman web Maktabah Albakri.
![Ijab kabul ringkas Sabri, Angeline sah - Mufti Perlis Ijab kabul ringkas Sabri, Angeline sah - Mufti Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697470158_IjabkabulringkasS.jpg)
Ijab kabul ringkas Sabri, Angeline sah - Mufti Perlis
Mohd Asri menjelaskan lafaz kabul ringkas oleh pelakon veteran, Sabri Yunus merupakan bukti bahawa Islam itu mudah dan sah di sisi Islam.
![Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687338791_TBAlifSatarHaji.jpg)
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."