SHAH ALAM: Mufti di semua negeri perlu tampil memberi penjelasan sekiranya ada perkara berbangkit mengenai isu berkaitan agama bagi mengelak perkara tersebut dimanipulasi pihak tertentu termasuk ahli politik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, peranan mufti sangat penting dalam menjelaskan sesuatu hukum kepada masyarakat agar tidak wujud kekeliruan.
“Saya menyeru sohibus samahah mufti-mufti tampil perjelaskan isu melibatkan hukum bagi mengelakkan manipulasi politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How membangkitkan kemarahan pihak tertentu apabila didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran dan videonya tular di media sosial baru-baru ini.
Susulan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur perbuatan pemimpin DAP berkenaan.
Ujarnya, tindakan mentafsir al-Quran sewenang-wenangnya itu disifatkan sebagai mempermainkan kalam ALLAH SWT dan tidak boleh diterima sama sekali serta sesiapa yang bertindak sedemikian boleh didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam.
Dalam masa sama, Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin memaklumkan, Howard perlu segera memohon maaf di atas perbuatan tersebut.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 23 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, peranan mufti sangat penting dalam menjelaskan sesuatu hukum kepada masyarakat agar tidak wujud kekeliruan. - Gambar fail/BERNAMA

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Islam larang baca qunut nazilah kepada sesama Muslim - Mufti
Mufti Terengganu berkata, perbuatan itu mesti ditegah; Mufti Perlis menegaskan, doa yang dipanjatkan kepada Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Bolehkah sengaja tak pergi solat Jumaat kerana bermusafir?
Masyarakat diingat agar memastikan terlebih dahulu sama ada kita memenuhi syarat orang yang dibenarkan melakukan keringanan atau tidak.

Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19.

Mufti perlu jelaskan isu libat hukum agama, elak manipulasi politik - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, peranan mufti sangat penting dalam menjelaskan sesuatu hukum kepada masyarakat agar tidak wujud kekeliruan.

Mufti Pulau Pinang khuatir ada pihak ambil kesempatan isu azan
Semua pihak dinasihatkan supaya tidak mudah terperangkap dengan sentimen agama dan perkauman sehingga mengeruhkan keharmonian dalam hubungan sesama masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Mufti berbeza pandangan mengenai isu kalimah Allah
Katanya, keputusan mahkamah pada 2021 itu adalah kebenaran menggunakan kalimah-kalimah tersebut bukan untuk tujuan sebaran kepada umum.

Boleh ke guna duit raya anak? Ini penjelasan mufti
Di sini kami kongsikan pandangan dan perbahasan ringkas para ulama bagi menjawab persoalan ini.

Kibar #BenderaPutih atau tidak, yang susah wajar dibantu - Zulkifli
Sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sama ada bertindak mengibarkan bendera putih atau tidak, wajar dibantu dengan segera.

Mufti Wilayah akui tekanan punca pihak tidak setuju kenyataan haram rentas negeri
Beliau memahami keadaan sesetengah pihak ketika itu yang tertekan akibat tidak dapat berjumpa ibu bapa setelah sekian lama, termasuk bagi menyambut Aidilfitri.

Mufti Perak, isteri positif COVID-19
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu disahkan Timbalan Mufti, Datuk Zamri Hashim.