Tidak salah untuk orang Islam menunaikan solat dalam masjid yang dibangunkan menggunakan sumber dana haram.
Itu keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang membuat keputusan bahawa hukum bagi bersolat dalam masjid seperti itu adalah harus.
Muftinya, Datuk Wan Salim Mohd Noor, berkata hukum itu ditetapkan hasil perbincangan bersama ahli jawatankuasa dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 18 dan 19 Disember tahun lalu.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas isu tersebut dibangkit oleh anak-anak qariah yang melahirkan perasaan ragu-ragu untuk bersolat di dalam masjid yang dibina menggunakan sumber haram.
"Setelah meneliti keterangan serta hujah dan dalil, mesyuarat fatwa memutuskan bahawa hukum membina masjid daripada sumber haram seperti dana loteri kebajikan masyarakat adalah haram.
"Bagaimanapun, masjid yang sudah dibina daripada sumber yang haram adalah harus digunakan dan hukum yang bersolat di dalamnya juga sah serta memperoleh pahala," katanya selepas mengadakan sesi penjelasan mengenai isu itu bersama ahli kariah Masjid Rantau Panjang, Kepala Batas pada Jumaat.
Jelas Wan Salim, hukum tersebut terpakai untuk seluruh masjid yang dibina menggunakan sumber loteri di negeri itu dan akan diwartakan dalam tempoh terdekat supaya tidak timbul keraguan pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengerusi Kariah Masjid Rantau Panjang, Rosli Hamid, 65 tahun melahirkan rasa syukur apabila isu yang berlarutan lebih 50 tahun lalu diselesaikan.
Katanya, dengan keputusan itu juga diharap akan dapat menarik lebih jemaah untuk bertandang bagi mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti tanpa ada perasaan ragu-ragu.
"Kami berharap dengan penerangan dari Mufti, jelas bahawa tiada timbul isu lain dalam kalangan anak kariah," katanya.
Astro Awani
Fri Mar 02 2018

Tidak salah untuk orang Islam menunaikan solat dalam masjid yang dibangunkan menggunakan sumber dana haram, kata Mufti Pulau Pinang
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram
Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.

Johor kekal larang penjualan vape, tidak pernah keluar lesen sejak 2016
Tiada sebarang lesen penjualan vape atau rokok elektronik dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.

Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami
Tindakan itu dibuat selepas Sheikh Hasina mempersalahkan Parti Jamaat-e-Islami dan BNP terhadap keganasan.

Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.

Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

Montana negeri AS pertama haramkan TikTok
Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu.

33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin.

Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.