PUTRAJAYA:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada 3 Dis lepas yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata PMWP menyokong sepenuhnya pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijangka bermula penghujung Februari ini.
"Dari aspek kepenggunaan pula, katanya hukum harus itu turut diputuskan selepas mengambil kira pendirian tegas kerajaan bahawa hanya vaksin yang telah dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini," katanya.
Luqman berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada Khamis lepas yang diadakan renteran timbulnya pelbagai kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung pengambilan vaksin itu.
Sehubungan itu, katanya PMWP menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan agar menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia.
Luqman berkata fatwa itu diputuskan setelah melalui pelbagai proses perbincangan bersama pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang masing-masing.
"Tambahan pula, ia juga satu daripada usaha kerajaan dalam memastikan Malaysia berjaya mengharungi krisis COVID-19 ini dengan lebih efisyen," katanya.
Justeru, beliau mengajak umat Islam agar menjadikan fatwa itu sebagai rujukan utama khususnya bagi mendukung usaha pemimpin negara untuk memerangi pandemik ini dengan lebih berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021

Luqman berkata fatwa itu diputuskan setelah melalui pelbagai proses perbincangan bersama pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang masing-masing. -Foto Sinar Harian
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Status fahaman GISB Wilayah Persekutuan dimuktamad Khamis ini - Mufti
Beliau berkata perkara itu akan dibincang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat fatwa Wilayah Persekutuan.

Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
Anak adalah anugerah, bukan suatu bentuk bebanan dan berpotensi menjadi sumber kelangsungan pahala buat ibu dan bapanya.

Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah - Mufti
Perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat.

Tiada puasa sunat khusus Israk dan Mikraj, berikut perinciannya
Jika tarikh peristiwa Israk dan Mikraj itu pun para ulama berbeza pandangan, inikan pula kewujudan puasa sunat berkenaan.

Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

29 Ramadan penentu 1 Syawal - Mufti Wilayah
Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.

Hayati falsafah Ramadan dengan sebaik-baiknya - Mufti Wilayah Persekutuan
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah menjelaskan, dengan ibadah puasa itu ia memberi kesedaran dan keinsafan untuk bersama-sama merasai apa yang dirasai orang lain.

Dosa besar jadikan agama Islam sebagai bahan jenaka - Mufti
Perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang.

Nak cantik-cantik pakai barang kemas tapi bayar ansuran, elakkan! Ini pencerahan dari mufti
Ada baiknya kita mengumpul wang dahulu daripada membeli secara ansuran, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Mufti Wilayah akui tekanan punca pihak tidak setuju kenyataan haram rentas negeri
Beliau memahami keadaan sesetengah pihak ketika itu yang tertekan akibat tidak dapat berjumpa ibu bapa setelah sekian lama, termasuk bagi menyambut Aidilfitri.