KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng mendakwa, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong apabila mengaitkannya dengan keputusan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.
Pengerusi DAP itu dalam reaksinya, menafikan mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Yayasan Albukhary yang dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
"Ini tidak benar dan tidak tepat. Bolehkah Muhyiddin tunjuk surat di mana saya keluarkan arahan sebagai Menteri Kewangan untuk membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary?
"Sekiranya beliau gagal buat demikian, saya akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap pembohongan Muhyiddin yang berniat jahat ke atas saya memandangkan ia juga membabitkan tuduhan rasuah yang akan dibicarakan di mahkamah kelak," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Muhyiddin mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah membatalkan pengecualian pembayaran cukai yang telah diluluskan kepada Yayasan Albukhary.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ketika menerajui pentadbiran negara, beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara itu, sebaliknya, keputusan untuk menimbangkan rayuan yang dibuat oleh
Syed Mokhtar itu diputuskan oleh Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah hari ini.
Muhyiddin dalam kenyataannya berkata, beliau dipanggil SPRM berhubung dua perkara iaitu berkaitan projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Syed Mokhtar yang dipecahkan kepada tujuh pertuduhan ke atasnya.
Afiezy Azaman
Thu Mar 09 2023

Lim Guan Eng (kanan) mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin berbohong apabila mengaitkannya dengan keputusan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Muhyiddin rayu keputusan kembalikan kes guna kedudukan untuk suapan ke Mahkamah Sesyen
Muhyiddin fail rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta.

Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam
Bekas Perdana Menteri itu berdepan dakwaan rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu.

Pengamal media penuhi Mahkamah Sesyen Shah Alam
Ada petugas media tiba seawal jam 7 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas membuat liputan kes berkenaan.

Muhyiddin bohong isu kecualikan cukai Yayasan Albukhary - Lim Guan Eng
Guan Eng cabar Muhyiddin tunjuk surat arahan dikeluarkan Menteri Kewangan semasa PH memerintah.