SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya, Datuk Muhammad Adlan Berhan yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian.
Beliau yang hadir ke kawasan medan selera Seksyen 17 di sini enggan menjawab pertanyaan wartawan yang menunggunya selepas selesai berkempen mengiringi calon Dewan Undangan (DUN) Batu Tiga, Datuk Seri Rina Harun.
“No komen,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Semalam, media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan termasuk Muhammad Adlan, 48, yang juga seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya cuba menghubungi dua lelaki terbabit termasuk seorang peguam bernama Mansoor Saat, 69, secara terus dan menerusi peguam masing-masing namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.
Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 dan 21 Mei lalu.
Setakat ini, tiada rekod menunjukkan kedua-duanya kembali ke Malaysia.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 08 2023

Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya yang dicari SPRM berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian. - Gambar fail/BERNAMA

Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS
Amerika dijangka peroleh kembali wang mereka yang banyak melalui perjanjian dengan Ukraine, kata Trump.

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.

Ibu mentua upah gengster simbah cat merah
Kisah mereka menjadi tular di negara Amerika Utara tersebut setelah gaun dipakai pengantin perempuan 'rosak' akibat disimbah cat merah.

Muhyiddin perlu panggil menantu pulang buktikan tidak bersalah - Zahid
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meminta menantunya Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan pulang dan membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah.

Muhyiddin enggan ulas status menantu dicari SPRM
Tan Sri Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen berhubung status menantunya yang dicari SPRM berhubung kes penyelewengan membabitkan pekerja asing di sebuah kementerian.

Mukhriz sahkan anak, menantu ditahan di pub langgar PKPP
Anak dan menantu Mukhriz bagaimanapun sudah membayar kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut.

'Doakan, masih belajar untuk jadi lebih baik' - Tya Arifin semakin manis berhijab
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Tya berharap peminat mendoakan dirinya agar terus istiqomah.

Mahkamah Rayuan kekalkan pembebasan doktor sebabkan kematian menantu Zahid
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Izara Aishah bakal timang cahaya mata April 2020
Tahniah buat Izara Aishah dan suaminya kerana bakal timang cahaya mata 2020.

Menantu mengidam, mertua sanggup kejar van Milo!
Sepasang suami isteri 'mengejar' sebuah van Milo untuk memastikan menantu kesayangan mereka dapat apa yang diidamkan, iaitu Milo dari van Milo.

Terima 10,000 permohonan, tauke durian tak jadi cari calon menantu
Beliau yang menjalankan perniagaan di dua buah pasar di wilayah Chumphon di selatan Thai, pada hujung minggu lalu menawarkan hadiah bernilai 10 juta bhat.