KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menarik balik permohonan supaya tujuh kes menggunakan kedudukan untuk suapan dan menerima wang hasil aktiviti haram yang dihadapinya, dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi K.Muniandy, bahawa pihaknya telah menghantar surat penarikan permohonan itu kepada pendakwaan pada 5 Julai lepas.
"Oleh itu, pihak kami memohon supaya permohonan untuk memindahkan kes ini dibatalkan," katanya semasa pengurusan kes itu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan perkara itu dan tidak membantah permohonan berkenaan.
Menerusi surat permohonan menari balik pemindahan itu, Muhyiddin juga memohon untuk membatalkan pertuduhan-pertuduhan dan permohonan untuk memindahkan kes akan menjadi akademik, jika permohonan membatalkan pertuduhan dibenarkan.
Kami (pembelaan) telah mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), supaya permohonan pemindahan ditunda sehingga selepas permohonan pembatalan diputuskan, namun SPRM mahu permohonan pemindahan didengar dahulu.
"Bagaimanapun demi menjimatkan masa dan kos mahkamah, oleh kerana kami berpendapat permohonan pemindahan akan menjadi akademik jika permohonan pembatalan tersebut dibenarkan, kami dengan ini menarik balik (permohonan pemindahan) ini," seperti terkandung dalam surat itu.
Pada 10 Mac lepas, Muhyiddin, 76, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.
Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021, 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Pada 13 Mac lepas pula, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dekat sini, pada 7 Jan 2022.
Muhyiddin memfailkan permohonan untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu pada 18 April lepas.
Pada 27 April, Muhyiddin memfailkan permohonan untuk memindahkan kesemua kesnya ke Mahkamah Tinggi kerana kes itu melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks membabitkan Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi K.Muniandy, bahawa pihaknya telah menghantar surat penarikan permohonan itu kepada pendakwaan pada 5 Julai lepas. - Gambar fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.