SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi.
Beliau yang diiringi beberapa kenderaan polis hadir bagi berdepan dakwaan rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu.
Prosiding pada pagi ini dijadual berlangsung pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Rozila Salleh di Mahkamah Sesyen 1.
Beliau dijangka menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mendapat izin untuk mendakwa seorang Ahli Parlimen.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berdepan enam pertuduhan melibatkan wang dalam akaun milik parti Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.
Ini termasuk dua lagi pertuduhan sebagai Presiden Bersatu yang telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta.
Hilmi Malik
Mon Mar 13 2023

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi bagi berdepan pendakwaan kes rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Muhyiddin rayu keputusan kembalikan kes guna kedudukan untuk suapan ke Mahkamah Sesyen
Muhyiddin fail rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta.

Muhyiddin tiba di Mahkamah Shah Alam
Bekas Perdana Menteri itu berdepan dakwaan rasuah berhubung wang membabitkan parti Bersatu.

Pengamal media penuhi Mahkamah Sesyen Shah Alam
Ada petugas media tiba seawal jam 7 pagi untuk memastikan mereka tidak terlepas membuat liputan kes berkenaan.

Muhyiddin bohong isu kecualikan cukai Yayasan Albukhary - Lim Guan Eng
Guan Eng cabar Muhyiddin tunjuk surat arahan dikeluarkan Menteri Kewangan semasa PH memerintah.