KUALA LUMPUR: Kapten skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi enggan mendabik dada biarpun memperagakan persembahan terpuji ketika mewakili Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan baru-baru ini.
Walaupun menimba pengalaman berguna ketika menentang Jordan dan Uzbekistan dalam perlawanan persahabatan itu, Muhammad Mukhairi mengakui masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaikinya untuk terus beraksi cemerlang terutamanya ketika memimpin Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) pada pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022, di Mongolia bermula 25 Oktober hingga 31 Oktober ini.
"Saya bangga dipilih menjadi kapten pasukan kali ini namun saya akan berusaha lagi kerana tidak berasa selesa dengan pengalaman di Jordan... Insya-Allah saya akan cuba perbaiki diri lagi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tonggak tengah Selangor FC itu memaklumkan banyak aspek dipelajarinya ketika diberi minit permainan oleh ketua jurulatih skuad senior, Tan Cheng Hoe di Jordan khususnya dalam meneliti corak permainan pantas Jordan dan Uzbekistan.
Dalam pada itu, Muhammad Mukhairi tidak menafikan tekanan sememangnya wujud dalam dirinya apabila mendapat kepercayaan jurulatihnya, Brad Maloney untuk mengepalai skuad muda kebangsaan pada saingan kelayakan berkenaan.
Pemain berusia 20 tahun itu pada masa sama berharap dapat memberi persembahan terbaik di Mongolia dalam usaha menarik perhatian Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam barisan akhir Piala AFF Suzuki di Singapura, Disember ini.
Sementara itu, Brad berkata pemilihan Muhammad Mukhairi sebagai kapten pasukan adalah tepat kerana beliau memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk mengetuai anak buahnya di padang.
"Beliau ketua dan pemain yang bagus...beliau mengatur orang di sekelilingnya dengan baik...beliau juga pernah beraksi dengan pasukan senior dan bagi saya beliau memenuhi semua keperluan," katanya.
Pada kempen kelayakan itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Laos, Mongolia selaku tuan rumah dan Thailand, dengan kesemua aksi akan berlangsung di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar.
Malaysia akan bertemu Laos pada 25 Okt, Mongolia (28 Okt) dan Thailand (31 Okt) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Muhammad Mukhairi akui masih banyak ruang yang perlu diperbaikinya untuk terus beraksi cemerlang terutamanya ketika memimpin Skuad B-22. - Sinar Harian
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Mukhairi masih belum puas, azam tingkatkan gaya permainan
Muhammad Mukhairi akui masih banyak ruang yang perlu diperbaikinya untuk terus beraksi cemerlang terutamanya ketika memimpin Skuad B-22.