Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan syarikat pemaju yang didakwa merobohkan sebahagian daripada tapak arkeologi Lembah Bujang supaya menghentikan serta merta projek perumahan di kawasan berkenaan.
Beliau juga mengarahkan satu siasatan terperinci dibuat bagi mengenal pasti sejauh mana kerosakan yang didakwa telah dilakukan oleh pemaju tersebut ke atas tapak sejarah itu.
Arahan itu dimaklumkan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajuk Urus Mat Zain.
"Saya dimaklumkan (projek itu) memang pun sudah dihentikan buat seketika, bukan notis tetapi secara lisan supaya mereka hentikan dan nampaknya mereka beri kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita.
Menurut Mukhriz, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak pemaju projek perumahan itu secepat mungkin bagi mengetahui apa yang berlaku.
Beliau juga memaklumkan Kerajaan Negeri Kedah masih menunggu laporan penuh berhubung dakwaan perobohan tapak arkeologi kurun ke-8 yang terletak dalam daerah Merbok itu.
Jelas Mukhriz, beliau akan mengulas lebih lanjut mengenai apa yang berlaku selepas mendapat laporan penuh berkenaan.
Bagaimanapun Mukhriz menegaskan kerajaan negeri memandang serius kejadian itu biarpun setakat ini pihaknya mengambil maklum ada beberapa versi laporan media mengani apa yang terjadi.
Pada 30 November, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P. Ramasamy dilaporkan berkata bahawa runtuhan tapak arkeologi telah dirobohkan oleh pemaju tanah.
Tapak ini dikatakan berusia 1,200 tahun dan Badan Warisan Malaysia mahu menyenaraikan tempat sejarah ini sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Badan Warisan Malaysia menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera untuk melindungi runtuhan kuil purba di Lembah Bujang
"Melainkan terdapat pengurusan dan rejim perlindungan yang ketat ditambah pula dengan tindakan pantas dan punitif yang dilaksanakan oleh penjaga rasmi warisan negara kita, pemusnahan warisan negara kita akan diteruskan dan kita hanya akan dapat melihat sahaja tanpa membuat apa-apa," Pengarah Eksekutif Badan Warisan Malaysia Elizabeth Cardosa berkata.
Astro Awani
Mon Dec 02 2013
![Mukhriz arah projek perumahan di tapak arkeologi Lembah Bujang dihentikan Mukhriz arah projek perumahan di tapak arkeologi Lembah Bujang dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51385982816_295x200.jpg)
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Kontroversi Candi 11: Masih tiada pembangunan pada tapak asal sehingga hari ini - Penduduk Kontroversi Candi 11: Masih tiada pembangunan pada tapak asal sehingga hari ini - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655890857_TBcandimerbok.jpg)
Kontroversi Candi 11: Masih tiada pembangunan pada tapak asal sehingga hari ini - Penduduk
Tiada sebarang pembangunan dilakukan di kawasan itu namun ianya dikelilingi kawasan pembinaan taman perumahan baharu selain terdapat beberapa longgokan kayu di kawasan terbabit.
![Masyarakat Merbok anggap Candi sebagai tinggalan sejarah lampau Masyarakat Merbok anggap Candi sebagai tinggalan sejarah lampau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51385982816_295x200.jpg)
Masyarakat Merbok anggap Candi sebagai tinggalan sejarah lampau
Candi nombor 11 yang ditemui baru-baru ini di Sungai Batu, Merbok, tiada kaitan dengan mana-mana pihak, malah ianya hanyalah tinggalan sejarah lampau.
![Mukhriz: Candi Lembah Bujang yang diroboh bukan seperti Borobudur dan Angkor Wat Mukhriz: Candi Lembah Bujang yang diroboh bukan seperti Borobudur dan Angkor Wat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365225515_295x200.jpg)
Mukhriz: Candi Lembah Bujang yang diroboh bukan seperti Borobudur dan Angkor Wat
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata candi Lembah Bujang yang dirobohkan sebenarnya hanya tapak tinggalan sejarah itu.