Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus jauh lebih bijak berbanding tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, janji itu dibuat hasil perbincangan kerajaan dengan syarikat-syarikat pengeluar kereta.
Perbincangan itu bukan sahaja memberikan hasil yang positif malah ia lebih baik berbanding manifesto pakatan pembangkang.
"Harga kereta sudah diturunkan antara RM2,000 hingga RM17,000 sebuah tetapi hasil kutipan cukai kerajaan pada masa sama tidak menurun."
"Soal (Pakatan) hendak menurunkan harga kereta kononnya hendak dibuat dengan pemansuhan cukai import, dan kita telah jelaskan berulang kali, kalau kita tengok daripada pengalaman negara-negara lain, pengurangan cukai import tidak semestinya akan mengakibatkan kereta harga itu turun."
"Contohnya kereta hybrid di Malaysia tiada cukai langsung tetapi harga kita lebih mahal daripada kereta yang sama dari Amerika Syarikat. Kenapa? Ini kerana pasarannya lebih besar," kata Mukhriz.
Beliau ditemui selepas majlis Perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan sempena pelancaran manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Justeru, Muhriz menyeru agar rakyat tidak percaya dengan janji-janji kosong yang dibuat Pakatan Rakyat.
Menjawab pertanyaan adakah janji menurunkan harga kereta meniru manifesto Pakatan, Muhriz menjawab, bukan soal tiru atau tidak tetapi soalnya ialah mengurangkan beban rakyat.
Pada masa sama, Muhkriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, manifesto yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah realistik dan berasas.
Pakatan sebelum ini berjanji akan menurunkan cukai eksais kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Cukai eksais kereta yang dikenakan kerajaan dikatakan melampau iaitu pada kadar 70 peratus ke atas sekaligus melonjakkan harga kereta.
Nabihah Hamid
Sat Apr 06 2013
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Minat pelabur asing makin mengukuh, kejayaan besar diraih
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, nilai tertinggi direkodkan melalui pusat data sebanyak RM5 bilion.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.