Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan anjing gila atau rabies, berkuatkuasa Isnin.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia susulan aduan daripada pemilik anjing bahawa dua ahli keluarganya digigit di Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Dis lepas.
"Dua ahli keluarga pengadu digigit lima hari sebelum dia membuat aduan. Bagaimanapun, anjing itu telah dilupus oleh pengadu pada 3 Jan.
"Sampel otak daripada anjing tersebut telah diuji dan disahkan positif Rabies oleh Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh pada keesokan hari," katanya.
Dr Quaza berkata survelan dan persampelan telah dijalankan serta-merta di dalam lingkungan dua kilometer (km) radius dari kawasan jangkitan bagi mengetahui status penularan penyakit rabies di kawasan tersebut.
"Sebanyak tiga lagi sampel (daripada anjing berkeliaran) telah dikesan positif daripada 30 sampel yang diambil pada 11 Januari lepas iaitu di sekitar kawasan Tupai Business Centre dan Pekan Sri Boyan," katanya.
Dr Quaza berkata aktiviti survelan dan persampelan anjing dan kucing terbiar telah dimulakan dalam kawasan dua hingga 10km radius secara berperingkat dari tempat jangkitan iaitu di Taman Sri Kota, Taiping.
Katanya, aktiviti survelan dan persampelan juga akan dilaksanakan di Daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta.
Beliau berkata pemvaksinan anjing-anjing bertuan dalam kawasan dijangkiti rabies iaitu antara satu hingga 10 km radius secara berperingkat dijadualkan bermula esok.
"Anjing yang divaksin akan diberi 'collar' sebagai tanda pengenalan dan kad rekod vaksinasi rabies akan diberikan kepada pemilik anjing yang telah diberi vaksin Rabies.
"Pemusnahan anjing-anjing terbiar dalam satu hingga 10 km radius dari foci dijangkiti Rabies yang dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan bermula hari ini," katanya.
Selain itu, Dr Quoza berkata pihaknya akan menjalankan rondaan jalan raya bagi mengesan cubaan memindahkan haiwan disyaki dijangkiti Rabies keluar dari kawasan jangkitan.
Beliau menasihatkan agar pemilik anjing memberi suntikan vaksin rabies selain mengurung binatang peliharaan (anjing dan kucing) bagi mengelak berlakunya gigitan daripada anjing berkeliaran.
"Orang ramai juga dinasihatkan tidak mendekati anjing berkeliaran. Jika berlaku gigitan, bersihkan luka dengan sabun dan terus ke klinik kerajaan yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata orang ramai boleh membuat sebarang aduan atau pertanyaan, dengan menghubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Larut Matang dan Selama di talian 05-8072703.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 14 2019
![Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta kawasan jangkitan rabies Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta kawasan jangkitan rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443014602_rabies.jpg)
Aktiviti survelan dan persampelan juga akan dilaksanakan di Daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta. - Gambar hiasan
Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkata, pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkatkan langkah-langkah penambaikan strategik untuk melonjakkan kedudukan negara dalam CPI.
Enam ditahan sindiket penipuan pinjaman peribadi
Seorang pegawai institusi kewangan antara enam individu ditahan, dipercayai terlibat dalam penipuan urusan pembiayaan peribadi, institusi kewangan rugi RM1.325 juta.
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian anak bongsu pasangan itu, dikongsi oleh Zaquan, yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan di Instagram Story pada Selasa petang.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269897_MaritimMalaysia.jpg)
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
![Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615523534_Nirwandy.jpg)
Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686329943_genericvaksin.jpg)
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
![Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695811032_anjing.jpg)
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
![Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650813758_anjing.jpg)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
![Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623414111_RABIESDIKUCHING.jpg)
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
![Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593164434_RABIESDIKUCHING.jpg)
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
![NTD, apa yang anda perlu tahu NTD, apa yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611991814_Penyemburan.jpg)
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
![NTD tidak harus dipandang sepi NTD tidak harus dipandang sepi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590828045_denggi.jpg)
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
![Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599823097_bayi.jpg)
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
![Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534908612_RABIESDIKUCHING.jpg)
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
![SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81522946006_doganjingrabies.jpg)
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.