KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada kemungkinan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz boleh diluluskan di Dewan Rakyat.
Namun beliau berpendapat, kerajaan perlu sedar Belanjawan sebanyak RM322.5 bilion itu dilihat hanya memberi wang tanpa matlamat yang tepat.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, kerajaan dan Kementerian Kewangan sewajarnya mendengar dan mengambil kira pandangan Ahli-ahli Parlimen bukan kerajaan kerana mereka juga membawa suara rakyat.
“Ada kemungkinan Belanjawan ini diluluskan. Tetapi ramai yang tidak senang hati dengan Belanjawan ini kerana ia nampaknya seolah-olah satu usaha memberi wang tanpa matlamat.
“(Ia dilakukan) cuma nak dapat sokongan dan kita belanja wang yang banyak untuk orang perseorangan, orang-orang tertentu, dan badan-badan tertentu. Tetapi apa masalah yang nak diatasi (ekonomi dan COVID-19) itu tidak diberi banyak tumpuan,” katanya dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terbitan Astro AWANI pada Rabu malam.
Sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 pada 12 November lepas, Pengerusi Interim Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau dan Ahli-ahli Parlimen Pejuang yang lain hanya akan membuat keputusan untuk menyokong atau menolak Belanjawan 2021 berdasarkan langkah kerajaan seterusnya.
Katanya lagi, beliau berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang telah diberikan, dan sokongan mereka bergantung kepada tahap penerimaan kerajaan terhadap cadangan itu.
Mengulas lanjut dalam program yang dihoskan oleh Editor Kanan Astro AWANI Nazri Kahar, Dr Mahathir berkata, adalah penting untuk kerajaan melihat semula butiran Belanjawan yang dibentangkan itu.
“Kita harap Kerajaan ini lebih terbuka, iaitu mereka bukan sahaja nak kita luluskan sesuatu tetapi dengar juga pendapat kita. Kerana pendapat kita itu bukan untuk kepentingan kita…tetapi untuk kepentingan rakyat.
“Jadi kalau Kerajaan berasa terhutang budi kepada rakyat, maka mereka harus terima sekurang-kurangnya sebahagian daripada teguran kita,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Nov 25 2020

Kerajaan dan Kementerian Kewangan sewajarnya mendengar dan mengambil kira pandangan Ahli-ahli Parlimen bukan kerajaan kerana mereka juga membawa suara rakyat, kata Tun Dr Mahathir. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.