KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mungkin tersilap dengan menganggap Datuk Seri Najib Tun Razak mahu meneruskan penerbitan sukuk Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Terengganu Investment Bhd (TIA) pada 2009.
Tan Sri Ismee Ismail, 58, bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Hariharan Tara Singh berdasarkan surat dari Istana Terengganu kepada TIA yang menyatakan bekas perdana menteri itu bersetuju untuk menangguhkan dahulu penerbitan sukuk RM5 bilion itu.
TIA ditubuhkan pada 27 Feb 2009 selaku sayap pelaburan negeri Terengganu dan dinamakan semula sebagai 1MDB pada 25 Sept 2009.
Sebelum ini, Ismee dalam keterangannya menyatakan beliau berjumpa Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di kediaman Najib di Jalan Duta selepas menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu pada 22 Mei 2009.
"Semasa menghadap, Tuanku menzahirkan kebimbangan baginda dan mahukan penerbitan sukuk itu ditangguhkan.
"Shahrol Azral dan saya pergi berjumpa Datuk Seri Najib untuk memaklumkan beliau mengenai titah Tuanku dan pada masa itu saya mengandaikan berdasarkan reaksi beliau dan nada suaranya, beliau mahu penerbitan bon itu diteruskan," katanya.
Hariharan: Berdasarkan surat dari istana itu, adakah anda bersetuju bahawa anda mempunyai tanggapan yang salah pada awalnya terhadap Datuk Seri Najib? Apa yang anda katakan dalam keterangan saksi hanyalah andaian anda semata-mata?
Ismee: Ya, mungkin anggapan saya salah.
Terdahulu, Hariharan menyoal saksi itu sama ada beliau bersetuju dengan dapatan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) khususnya bahagian yang merujuk tindakan Shahrol Azral meneruskan penerbitan IMTN, biarpun beliau menandatangani resolusi untuk menangguhkannya.
Hariharan: Menurut dapatan PAC, adakah anda bersetuju Shahrol Azral telah melanggar arahan apabila beliau bertindak sebaliknya?
Pada ketika itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam membantah dan menyatakan laporan itu telah diterbitkan dan isu ini boleh dibawa dalam hujahan. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju.
Hariharan kemudian beralih kepada perbualan Ismee dengan Shahrol selepas menandatangani resolusi untuk tidak meneruskan IMTN.
Hariharan: Anda meninggalkan istana selepas menandatangani resolusi untuk tidak meneruskan IMTN. Dalam keterangan saksi anda berkata anda diarahkan oleh Shahrol Azral untuk "menyelesaikan" isu itu. Bagaimanakah anda melakukannya?
Ismee: Saya tidak tahu, mungkin dengan membawa isu itu kepada perdana menteri.
Hariharan: Anda berharap Sharol Azral untuk berjumpa PM (perdana menteri) kerana Kerajaan Persekutuan memberikan jaminan. Itulah sahaja alasan untuk bertemu penjamin?
Ismee: Ya.
Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Sequerah bersambung pada 21 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama. - Gambar/ Shahir Omar
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.