PENYANYI Elyana Emrizal yang kini sedang berdepan dengan dugaan kesihatan tampil meluahkan perasaannya.
Elyana menerusi coretan panjang di akaun Instagramnya berharap netizen dapat memahami situasi yang dilaluinya.
Menurut Elyana, sepanjang 10 tahun lebih melawan penyakit kenser limfoma tahap empat, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap terbaik.
Namun bagi sesetengah netizen yang seolah-olah tidak mengerti akan usahanya dan menghakimi setiap perkara yang dilakukan membuatkan Elyana berasa sedih.
“Saya dah sakit lebih 10 tahun. Lebih 20 kali chemo… lebih 30 kali radioterapi. Apa yang saya tak pernah lakukan?
“Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan… Macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.
“Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera. Berubat semua ceruk orang beritahu saya pergi.
“Tapi … jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya jelaskan selagi kamu tidak merasainya sendiri.
“Beza kalau kita ni pernah jaga atau kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit. Beza…
“Jika anda ingin membantu, belajar lah memahami… Bukan menghakimi dalam komen dan complain. Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni,” coretnya. Malah kata Elyana, bukan mudah untuk menjaga diri sendiri apatah lagi menjaga orang lain dalam keadaanya yang kurang sihat sebegini.
“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak mengadu hanya nak beritahu. Saya bukan ada Superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.
“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan. Mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air, telan air liur pun sakit…
“Muntah… Ketakutan… Seluruh badan rosak… Susah bercakap… Tumpah darah bertahun-tahun, nak duduk berdiri sakit, nak jaga keluarga, nak cari duit, berfikir… Tak boleh tidur...
“Nak selalu tersenyum depan anda… Berat… Terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasai nya sendiri,” luahnya.
Artikel asal diterbitkan di portal Gempak
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan menghidap kenser limfoma tahap empat pada 2017.
Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10 dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia dua tahun.
Gempak
Thu Nov 25 2021

Elyana menerusi coretan panjang di akaun Instagramnya berharap netizen dapat memahami situasi yang dilaluinya. - Foto IG Elyana
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

'Kalau tak buat apa-apa, saya akan lumpuh' - Elyana
Penyanyi dan pelakon, Elyana, memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian saraf tunjang.