SHAH ALAM: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan akan turut melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai.
Menurutnya, tindakan itu diambil kerana demokrasi sudah mati dalam parti berkenaan dan turut menyifatkan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika ini sebagai paling penakut dalam sejarah UMNO.
"Saya akan serahkan surat rasmi perletakan jawatan dalam minggu ini.
"Tiada guna orang muda seperti saya dan lain-lain berjuang untuk perjuangan nenek moyang bangsa agama kami tetapi dipimpin oleh mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya pada Sabtu.
Pada Jumaat, mesyuarat MKT memutuskan pemecatan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada masa sama, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023
Menurut Muhamad Muqharabbin, tindakan itu diambil kerana demokrasi sudah mati dalam parti berkenaan dan turut menyifatkan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ketika ini sebagai paling penakut dalam sejarah UMNO. -Foto Sinar Harian
Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
'No DAP, No Anwar': Muqharabbin umum keluar UMNO, sertai PN
Bekas Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Rabu sekali gus keluar daripada UMNO.
'Nak jadi Ketua Pemuda UMNO tak boleh jadi pak turut'
Katanya, pemimpin tersebut perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum antarabangsa.
Muqharabbin umum letak jawatan Exco Pemuda UMNO
Beliau memaklumkan akan turut melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai.
Pemilihan UMNO: Semua jawatan perlu dipertandingkan demi maruah parti - Muqharabbin
Jika benar terdapat usaha menghalang dua jawatan itu dipertandingkan, beliau berpendapat UMNO semakin hilang arah, identiti perjuangan.
BN jangan letak calon 'bidan terjun' di Parlimen Lembah Pantai
Katanya, pemilihan calon tidak sesuai dibimbangi mendatangkan kemarahan dan sabotaj dalam kalangan ahli parti.
Pendaki Everest perlu ada bukti sahih - Muqharabbin
Tunjuk dahulu bukti sahih seperti gambar atau video sebelum boleh menggelarkan diri sebagai pendaki Everest, nasihat Muqharabbin.
Ahmad Faizal patut malu dengan kenyataan sendiri - Muqharabbin
Katanya, kenyataan tersebut tidak matang dan seolah-olah tidak memahami konsep permainan bola sepak.
Ketengahkan orang muda dalam Kabinet baharu Perdana Menteri - Muqharabbin
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki antara yang wajar diberi tugas khas dalam membantu pemulihan ekonomi rakyat serta kesihatan.
Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.