Murid Tahun Satu sebuah sekolah di sini parah selepas dipercayai dilanggar van sekolah yang dinaikinya, di Perumahan Makmur Penor Utara Jaya, di sini, pada Isnin.
Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun, diturunkan pemandu van untuk pulang ke rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, ketika kejadian, van sekolah berkenaan dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun, dari arah sekolahnya menghala ke perumahan berkenaan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya untuk menurunkan mangsa di sebelah kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, selepas menurunkan mangsa, tiba-tiba pemandu itu ternampak kanak-kanak berkenaan melintas di hadapan van yang dipandunya.
"Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu berkenaan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan mengelak, lalu terlanggar mangsa di bahagian hadapan, lalu (mangsa) jatuh di tempat kejadian," katanya.
Kamarulzaman berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan lanjut.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Noraniza Kamsani
Tue Feb 25 2020

Oleh kerana jarak terlalu dekat, pemandu van tidak sempat memberhentikan kenderaan dan mengelak dari terlanggar mangsa. Foto ihsan pembaca

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Empat beranak antara lima maut kemalangan
Empat beranak antara lima yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu pada Jumaat.

Tiga cedera semasa larikan diri daripada Peronda Lebuh Raya
Suspek berusia antara 32 hingga 21 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana kereta Proton Satria yang dinaiki mereka dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur.

Murid parah dilanggar van sekolah
Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun, diturunkan pemandu van untuk pulang ke rumahnya.

Tiga maut motosikal bergesel di LPT
Mereka yang maut ialah Azlee Mat Daud, 40, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, dan Syamil Nazir@Nasir, 32, yang mana semuanya berasal dari daerah Maran, dekat sini.

Dua termasuk anggota polis maut kemalangan di Rompin
Mangsa yang maut ialah Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, dan pemandu lori, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69.

Kakitangan Klinik Kesihatan cedera ambulans dilanggar
Kejadian berlaku pukul 5.40 petang, semasa mangsa yang merupakan seorang jururawat dan seorang pembantu perawatan kesihatan dalam perjalanan mengambil pesakit.