KUALA LUMPUR: Telaga aktif sumber air bawah tanah atau telaga tiub di negara ini mempunyai rizab yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya bencana pada musim kering susulan peralihan Monsun Barat Daya.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata berdasarkan data Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.
Menurutnya Mesyuarat Penyelarasan bagi Menghadapi Cuaca Panas dan Kering yang diadakan semalam, JMG diarahkan membuat pemetaan atau pemadanan lokasi telaga tiub dengan kawasan titik panas di kawasan berisiko bagi memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
"Monsun Barat Daya bermula sejak 14 Mei menyebabkan tiupan angin utama dari arah barat daya dan secara amnya Malaysia mengalami kurang hujan, khususnya di Semenanjung dan Sarawak selain boleh mengakibatkan jerebu jika berlaku pembakaran terbuka tidak terkawal," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Mesyuarat itu turut menetapkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertanggungjawab menyampaikan pemakluman hari tanpa hujan sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut (setiap hari) kepada Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan serta mengeluarkan nasihat sekiranya terdapat tanda-tanda akan berlaku jerebu rentas sempadan.
Selain itu persiapan lain termasuk pemantauan kemarau akan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara mingguan dan bulanan menerusi Pusat Operasi NAWABS (National Water Balance Management System).
Menurut Nadma secara keseluruhan untuk analisis hujan tiga bulan semasa menunjukkan hampir keseluruhan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerima hujan melebihi paras normal.
"Hanya beberapa tempat yang menunjukkan keadaan sederhana kering seperti Serian dan Sri Aman, Sarawak dan sebahagian kecil kawasan di negeri Johor dan Melaka.
"Keseluruhan Terengganu dan sebahagian kawasan di Kelantan dan Pahang menjadi kawasan paling tinggi menerima hujan untuk tiga bulan semasa berbanding hujan kumulatif Purata Jangka Panjang (LTM)," menurut kenyataan itu.
Nadma turut menasihatkan agar semua yang terlibat dalam pengurusan bencana sentiasa bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutama susulan dari cuaca panas dan kering seperti jerebu, kebakaran hutan serta penurunan aras air empangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022

Menurut Nadma, secara keseluruhan untuk analisis hujan tiga bulan semasa menunjukkan hampir keseluruhan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerima hujan melebihi paras normal.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.

Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.

APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy
Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur.

Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.

Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.

TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan
Ahmad Zahid berkata NADMA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.

Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.