Syarikat-syarikat kawalan keselamatan diseru agar mendapatkan bantuan pihak polis dalam menjaga kediaman orang ramai pada musim perayaan.
Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) Datuk Seri Mustapa Ali berkata, dengan kerjasama itu nanti, pihak polis dapat membuat rondaan berkala di kawasan tempat tinggal sekaligus memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan.
Kata Mustapa, dengan lambakan projek perumahan ketika ini dan permintaan industri kawalan keselamatan yang semakin meningkat, adalah penting bagi syarikat kawalan keselamatan memohon bantuan pihak berkuasa bagi menambah baik kualiti perkhidmatan.
"Syarikat-syarikat keselamatan yang sedang menjalankan perkhidmatan di kawasan-kawasan perumahan ini disarankan agar menghubungi pihak polis bagi berkongsi maklumat dan meminta bantuan rondaan berkala agar kejadian-kejadian seperti kecurian dan rompakan yang popular berlaku ketika cuti musim perayaan dapat dihindari,” kata Mustapa ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Perkhidmatan bermusim
Dalam pada itu, Mustapa turut mencadangkan agar mereka yang tinggal di kediaman persendirian dan memerlukan pengawal keselamatan bagi tempoh masa tertentu boleh menghubungi PPKKM untuk mendapatkan bantuan.
"Bagi mereka yang mahu mengambil khidmat pengawal keselamatan untuk tempoh yang singkat, misalnya seminggu hingga dua minggu, tetapi tidak tahu syarikat mana yang menyediakan perkhidmatan begitu, dinasihatkan agar menghubungi PPKKM.
“Pihak kami boleh mencadangkan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dan amanah serta berdaftar dengan PPKKM untuk membantu orang ramai,” kata Mustapa.
Untuk mendapatkan khidmat PPKKM, orang ramai boleh menghubungi di talian hotline PPKKM 03-7804 7359 atau 03-7804 7359.
Azyyati Ahmad
Fri Feb 05 2016

Syarikat kawalan keselamatan boleh memohon bantuan pihak berkuasa bagi menambah baik kualiti perkhidmatan. - Foto Fail
AWANI Tonight: MAHB to delist from Bursa Malaysia on Feb 25
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) will be delisted from Bursa Malaysia on February 25th following a privatisation offer by the Gateway Development Alliance (GDA) consortium.
AWANI Tonight: Trump's approval rating slips, according to a poll
U.S. President Donald Trump's approval rating has slightly decreased to 44% as more Americans express concern about the country's economy, according to a Reuters-Ipsos poll.
#AWANI Tonight 20 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. MAHB to delist from Bursa on Feb 25
2. What does the proposed Urban Renewal Act mean for our cities’ development?
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MAHB to delist from Bursa on Feb 25
2. What does the proposed Urban Renewal Act mean for our cities’ development?
#AWANIEnglish #AWANINews

Trump kenakan tarif ke atas kereta, cip dan farmaseutikal 'dalam sebulan atau lebih awal'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif "dalam tempoh sebulan atau lebih awal".
AWANI 7:45 [20/2/2025] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Guna dadah sebelum lakukan jenayah | Kedudukan CEO MFL terjawab | Kadar kesuburan menurun sejak 2013
- Jumaat minggu depan tarikh tengok anak bulan Ramadan
- Ah Boy guna dadah untuk 'trigger happy', samun, rompak solo sejak setahun lalu
- Tiada lagi larangan berceramah dikenakan terhadap Zakir Naik
- Kadar kesuburan rakyat Malaysia menurun, punca kelahiran merosot
- Ah Boy guna dadah untuk 'trigger happy', samun, rompak solo sejak setahun lalu
- Tiada lagi larangan berceramah dikenakan terhadap Zakir Naik
- Kadar kesuburan rakyat Malaysia menurun, punca kelahiran merosot

Produktiviti buruh catat RM44.2 setiap jam pada S4 2024
Produktiviti buruh Malaysia per jam bekerja meningkat 1.4 peratus pada suku keempat 2024 (S4 2024) mencatatkan RM44.2 sejam.
Guru Pencen Awal: Kaji pelaksanaan SISPAA, ketetapan KPI kepada guru elak tekanan tidak wajar – Pesara Guru
Bagi menangani isu guru pencen awal, Pesara dan Tokoh Guru Kedah 2022, Cikgu Zainol Abidin Mohamad cadangkan agar pelaksanaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dikaji semula agar tidak menganiaya guru-guru. Manakala, Pesara Guru Cemerlang Sejarah, Cikgu Sohaidi Mohd Zain berpandangan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kepada setiap sekolah diselaraskan di setiap peringkat pentadbiran pendidikan agar tidak membebankan guru. #DialogTigaPenjuru
Guru Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan Gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Pesara dan Tokoh Guru Kedah 2022, Cikgu Zainol Abidin Mohamad berkata beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan dengan melantik pembantu guru. Manakala, Finalis 10 Teratas Malaysia Teacher Prize 2023, Cikgu Mohamad Safuan bin Rozak berkata gred Guru Cemerlang di sekolah rendah wajar dinaikkan bagi menangani isu guru pencen awal ketika ini. #DialogTigaPenjuru

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Musim perayaan: Syarikat kawalan keselamatan diseru kerjasama dengan polis
Syarikat-syarikat kawalan keselamatan diseru agar mendapatkan bantuan pihak polis dalam menjaga kediaman orang ramai di musim perayaan.

Hampir 80 syarikat kawalan keselamatan terlibat dengan kongsi gelap
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin mendedahkan terdapat sesetengah syarikat kawalan keselamatan yang diurus oleh kumpulan kongsi gelap.