Kerajaan berpendirian landasan perniagaan harus terbuka kepada semua kaum di negara ini, selagi mana ia tidak bersifat monopoli serta menindas peluang untuk kaum lain, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Sewaktu sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, selain itu, perniagaan tersebut juga harus menjamin keperluan dan hak pengguna, selari dengan peruntukan undang-undang di negara ini.
“Pendirian rasmi kerajaan, pertamanya perniagaan itu tidak boleh bersifat monopoli dan menyekat peluang orang lain, makanya iklim persaingan perniagaan yang sihat adalah diutamakan.
“Harga yang ditawarkan mesti kompetitif, produk mesti berkualiti, perkhidmatan mesti berkualiti, elemen halal tak boleh diketepi, hormati dan lindungi pengguna,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di sini hari ini.
Atas prinsip itu, Saifuddin berkata, kerajaan tidak menolak kempen Dahulukan Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF), tetapi pendirian lebih ke arah pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), demi memastikan ekosistem perniagaan kekal kompetitif, dan mementingkan hak pengguna.
Terdahulu, Saifuddin berkata, sama ada produk Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya perlulah disokong asalkan produk tersebut memenuhi prinsip-prinsip yang telah digariskan.
“Kementerian percaya penglibatan semua pihak merentasi setiap lapisan rakyat yang memainkan peranan masing-masing akan membawa manfaat dan faedah kepada semua,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Oct 24 2019
Saifuddin berkata, kerajaan tidak menolak kempen Buy Muslim First (BMF), tetapi pendirian lebih ke arah pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM), demi memastikan ekosistem perniagaan kekal kompetitif. - Gambar fail/ASTRO AWANI
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
COVID-19: Selepas tiga bulan merosot, sektor peruncitan kembali pulih
Data terkini Persatuan Pengurusan Kompleks pada Julai menunjukkan hampir 95 peratus premis peruncitan kembali beroperasi dengan mencatatkan jumlah pengunjung sehingga 80 peratus.
Muslim atau bukan Muslim, landasan perniagaan terbuka untuk semua - Saifuddin
Kerajaan berpendirian landasan perniagaan harus terbuka kepada semua kaum di negara ini, selagi mana ia tidak bersifat monopoli serta menindas peluang untuk kaum lain.