Setelah melalui proses transformasi yang ketara di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diterajui oleh individu dari dalam badan itu sendiri.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata ini akan memastikan agenda semasa dan kesinambungan kerja dalam SPRM diteruskan.
Dalam hal ini, beliau berpendapat individu paling layak menggantikan Abu Kassim yang menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos depan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali.
"Oleh kerana orang nombor satu dan nombor dua SPRM akan bersara, maka calon dalaman yang paling sesuai ialah Datuk Mustafar Ali yang merupakan pegawai ketiga tertinggi sekarang.
"Saya rasa jika mana-mana pegawai tinggi SPRM sekarang mengambil alih sekalipun, peluang berlakunya kesinambungan transformasi SPRM pasti lebih tinggi berbanding jika orang luar 'dipayungterjunkan' ke dalam organisasi itu," kata Wan Saiful dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Abu Kassim mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos depan manakala timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan bersara wajib pada 3 Okt.
"Sekarang ini heboh dikatakan bahawa Datuk Dzulkifli Ahmad dari Jabatan Peguam Negara atau Tan Sri Noor Rashid Ibrahim daripada Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih jawatan itu.
"Kedua-dua mereka memang berpengalaman tetapi dengan suasana politik sekarang, pelantikan orang luar hanya akan menjejaskan reputasi SPRM itu sendiri," katanya.
Bernama
Sat Jul 09 2016

Ideas berpendapat individu paling layak menggantikan Abu Kassim yang menamatkan perkhidmatannya pada 1 Ogos depan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Mustafar Ali paling sesuai pimpin SPRM - Ideas
SPRM perlu diterajui oleh individu dari dalam badan itu sendiri bagi memastikan agenda semasa dan kesinambungan kerja dalam badan itu dapat diteruskan.